Hentikan Tabiat Buruk Ini Sebelum Akhiri Zaman Bujang

  1. Sukar bangun pagi atau tidak solat subuh

Selesai sahaj solat subuh, jangan terus tidur tetapi jadilah seorang yang produktif. Training diri anda untuk bangun awal pagi, seeloknya-eloknya sebelum sebuh, jika seorang lelaki bangun lewat , bagaiman untuk memimpin keluarga kelak, bukan? Jika wanita, siapa pula mahu menyediakan makanan dan menguruskan rumah tangga?

2. Malas untuk mengemas dan memasak

Formula untuk mendapatkan anak lelaki ranjim untuk mengemas rumah, bukanlah secara total didikan daripada ibu, tetapi peranan seorang bapa yang menjadi contoh dan tauladan pada anak lelaki. Jika rajin seorang bapa ke dapur, menolong isterinya memasak dan mengemas rumah, InsyaAllah, anak lelaki akan mengikuti jejak langkah bapanya tersebut.

3. Merokok

Terutama pada lelaki yang sukar untuk membuang tabiat buruk ini. Berhentilah merokok sebelum terjadinya perkara serius seperti sakit jantung. Jika bukan anda sendiri yangkena, berkemungkinan besar orang yang anda sayangi dan cintai bakal ke hospital untuk mendapat rawatan.

4. Tidak menutup aurat

Jika bicara isu aurat, sudah tentu wanita yang kena tempiasnya. Tetapi lelaki juga jangan lupa untuk menutup aurat daripada pusat hingga ke lutut. Jangan memakai seluar ketat hingga menampakkan yang tidak sepatutnya. Jika anda sebagai lelaki tidak menutup aurat, bagaimana untuk memimpin seorang isteri dan anak-anak kelak untuk menutup aurat?

5. Playboy

Dengan gelaran playboy atau playgirl, berhentilah memainkan perasaan insan lain. Jika anda berkahwin hanya untuk mengelakkan maksiat, adakah anda pasti setelah berkahwin, anda tidak melakukan maksiat dengan orang lain.

6. Attention Seeker

Cukuplah menepek muka sendiri di social media untuk menarik perhatian umum. Tidak salah untuk meletakkan gambar sendiri di social media, tetapi jangan pula membuat aksi manja, gedik dan membuat suara seperti berbisik di dalam kelambu. Cukup untuk bakal suami/isteri sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published.