‘Ibu Mertua’ atau ‘Ibu Mentua’? Baca Penjelasan Ini

Mertua atau mentua? Yang mana satu yang betul?

Ramai dalam masyarakat kita dan penulisan-penulisan serta media berbahasa Melayu yang kita guna menggunakan perkataan ‘mertua’ bagi merujuk kepada ibu atau bapa kepada pasangan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘mertua’ tidak mempunyai sebarang maksud dan perkataan yang sebetulnya adalah ‘mentua‘.

Hasil carian kepada perkataan ‘mentua‘ pula menemukan secara tepat apa yang kita mahu maksudkan.

Namun, dari mana asalnya perkataan mertua ini? Sebenarnya, mertua adalah sama maksudnya dengan mentua cuma ia adalah dari bahasa Indonesia.

Jadi, lain kali, pastikan menggunaan kata yang betul. Emak mentua, bukan emak mertua.

Leave a Comment

Your email address will not be published.