Sudah menjadi norma sesebuah resepsi perkahwinan untuk meraikan pasangan mempelai, acara makan-makan dan perkahwinan itu tiada berpisah. Menjamu tetamu yang turut serta memeriahkan majlis sudah menjadi kemestian di mana-mana majlis perkahwinan sekalipun.
Tidak kiralah majlis itu adalah majlis perkahwinan orang timur mahupun orang barat, tetamu yang terdiri daripada kenalan rapat dan sanak-saudara pasti diundang untuk hadir bersama ke majlis resepsi yang memperlihatkan pelaminan serta dekorasi dewan dihias indah. Tidak kurangnya juga dengan penataan meja makan beradab yang sering menjadi pusat perhatian.
Oleh itu, di sini admin hendak mencurahkan idea bernas kepada anda berkenaan hiasan meja makan beradab yang berkonsep moden serta kelihatan mempersona. Dah sedia? Jom kita cari ilham!

#1 Gabungan kontra bersahaja! Gubahan bunga menjalar sebagai dekorasi tengah meja yang beralaskan fabrik rona gelap sememangnya menonjol dan menaikkan seri!

#2 Gaya elegen mewah ini menggunakan hiasan papan latar ala jahitan berlapis “quilted” sambil disertai gubahan bunga bentuk glob yang digantung pada papan latar dan diletakkan di bahagian penjuru meja.

#3 Sesuai untuk majlis resepsi di kawasan outdoor. Tempatkan meja makan beradab di bawah kemah teduhan yang dihias indah dengan bunga-bungaan segar serta langsir jarang untuk gaya dekorasi sofistikated.

#4 Gaya ringkas yang minimalis ini bisa sahaja tampak menarik jika anda bijak menggunakan barangan perhiasan seperti tanda initial ‘Mr & Mrs’ yang diletakkan di hadapan tengah meja.

#5 Perhiasan senada digantung pada siling sebagai pengganti chandelier!

#6 Latar putih yang membangkitkan lagi aura keanggunan majlis resepsi ringkas.

#7 Hapuskan elemen klise dengan meletakkan gubahan bunga berpasu tinggi di atas meja.

#8 Bosan dengan bunga segar? Gunakan dekorasi DIY seperti ranting dedaun kering dan kerusi yang diwarna menggunakan cat semburan rona emas metalik. Seperti dalam zaman Greek purba pula kan?

#9 Cipta idea dekorasi baru dengan hiasan putik bunga cara campur-aduk ini. Pasti unik!

#10 Gubahan jambangan berpasu lebih kemas dan tersusun.

#11 Sangkar burung tidak semestinya untuk burung! Gunakan imaginasi anda.

#12 Jika anda alah dengan bunga, gunalah hiasan lilin menggunakan variasi bekas lilin pelbagai bentuk serta ketinggian. Tambah juga juntaian manik untuk sentuhan classy!

#13 Taburan kelopak bunga memikat hati!

#14 Anda hendakkan kelainan? Apa kata alihkan meja makan beradab untuk berada di tengah dewan? Cantik juga.

#15 Gaya vintaj yang tak lapuk dek zaman.

#16 Yup! Bukan anda sahaja yang menyarungkan gaun perkahwinan, meja makan beradab anda pun sama!

#17 Gubahan pohon melingkar yang mengujakan. WOW!

#18 Pancaran lampu neon yang memberi nyawa kepada meja makan beradab anda.

#19 Hamparan alas berkilau rona perak mampu memberi nafas baru kepada hiasan atas meja yang serba putih.

#20 Gabungan dekorasi warna putih dan merah jambu memang tidak akan lari dari konsep feminin kegilaan kaum wanita.

#21 Hiasan kain scallop keliling meja sudah menjadi kelaziman. Tetapi, cuba guna jenis kain yang agak keras selain daripada kain jenis getah dan lusuh (yang biasa kita nampak di majlis resepsi). Fabrik yang bertekstur keras lebih mudah dibentuk untuk gaya hiasan berkarakter seperti scallopmeja yang sedikit menggelembung.

#22 Tak salah menjadikan meja yang berbentuk bulat sebagai meja makan beradab. Ia masih boleh dihias cantik dan menjadi pusat perhatian tetamu yang hadir!

Semoga himpunan idea ini akan membantu anda sedikit sebanyak dalam pemilihan idea dekorasi meja makan beradab