Ikut Tips Juru Inai Ini Untuk Sesi Malam Berinai Yang Sempurna

Adat berinai menjadi tradisi perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan. Pada zaman dahulu, adat berinai terbahagi kepada dua iaitu berinai kecil dan berinai besar. Adat berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Adat berinai besar pula diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan.

Tip Untuk Pengantin Di Malam Berinai

  1. Uruskan Diri

Pengantun haruslah mandi dan makan terlebih dahulu sebab proses berinai mengambil masa yang lama untuk siap. Terkena pula dengan design yang rumit. Sumuanya mungkin makan masa berejam la jugak. Pastikan makan sebelum berinai.

  • Handphone

Sebelum berinai, selesaikan segala urusan dengan telefon anda. Bagitahu ahli keluarga dan kenalan yang anda ada majlis berinai agar mereka tidak terkena virus “krik krik” ketika anda sedang berinai. Bermain handphone ketika berinai boleh mebuat ukiran anda comot dan tidak kemas. Percayalah! Jangan pula salahkan henna artist atas kecuaian anda sendiri.

  • Barang-barang Keperluan

Letak barang keperluan utama anda di tempat yang senang dicapai. Paling tidak henna artist boleh tolong ambilkan barang tersebut untuk anda jika anda memerlukannya. Pergi stor, naik atas almari, masuk bawah katil dan sebagainya tidak termasuk dalam perkhidmatan berinai.

  • Ahli keluarga/ Kenalan

Ahli keluarga/ kenalan boleh turut serta melihat pengantin di inaikan, TAPI jangan la menyakat pengantin. Sebab sedikit gegaran boleh menganggu proses inai. Proses menginai ini memerlukan focus dan perhatian yang lebih. Jangan terlalu buat lawak/ membahan pengantin. Paling penting, kalau jenis pengantin jenis melatah, jangan kejutkan atau buat apa sahaja yang membuatkan pengantin melatah.  Emosi pengantin juga memainkan peranan yang sangat penting ketika berinai.

  • Tempat

Seboleh-bolehnya, berinai di tempat yang selesa, jauh dari kanak-kanak yang berlari/bermain. Tempat yang terang. Suasana juga memainkan peranan penting ketika berinai. Seelok-eloknya dalam bilik.

Leave a Comment

Your email address will not be published.