Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami sediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
- Jurucakap Rombongan
Anda sewajarnya tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki serta tuan rumah sewakru majlis penikahan itu nanti. Hal ini sangatlah penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil yang baik untuk bercakap dengan mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
2. Persiapan Akad
Walaupun berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
3. Jumlah Rombongan
Pada saat-saat akhir, kebiasaanya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah, bagi mengelakkan berlakunya slah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahakan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.