Ini Antara Kelebihan Dan Cabaran Yang Anda Kena Hadap Sekiranya Berkahwin Dengan Duda

CInta itu buta. Ia merupakan sesuatu yang tidak mengenal usia mahupun status. Biarpun ramai ingin membayangkan bertemu jodoh dengan asangan yang sesuai. Tapi itu bukan hak kita untuk menetukan.

Semuanya yang terjadi telah ditentukan oleh Allah yang Maha Kuasa. Kalau dah ditakdirkan kita bertemu jodoh dengan duda itu semuanya sudah tertulis.  Hidup itu harus diteruskan. Terimalah dengan hati yang terbuka. Tetapi perlu diingatkan mungkin agak berbeza jika anda memilih si duda untuk menjadi pasangan hidup anda. Namun jangan risau semuanya pasti akan baik-baik shaja, Mari kita lihat antara cabarannya.

  1. Perlu Bersedia

Selain bersedia untuk berjumpa dengan keluarganya, anda perlu memikiran pasal diri anda terlebuh dahulu. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi  dengan ank-anaknya juga. Jika anda sudah bersedia mengharungi dugaan bersama maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda sebagai calon hidup anda.

2. Belajar Menyayangi Anaknya

Berkahwin dengan duda akan membuatkan anda menjadi ibu ‘segera’ kepada anak-anaknya da akan digelarkan ibu tiri. Namun, jangan sesekali bersikap memilih dalam memberi kasih saying kepada anak.Sebaiknya beri layanan sama rata agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sayanglah mereka sperti anak anda sendiri.

3. Jangan Putuskan Ikatan

Mungkin akan ada situasi yang anda perlu faham apabila berkahwin dengan pasangan yang duda ini. Kerana mungkin aka nada sedikit konflik dimana sekiranya pasangan anda duda uang ditinggalakan isteri sebab kematian ataupun peceraian. Namun, anda dan pasangan boleh mencuba dan menyokong antara satu sama lain agar rumah tangga anda dan si dia tidak seperti perkahwinan yang lepas.

4. Lelaki Bergelar Duda Lebih Memahami

Jika si lelaki itu duda, maka dia sudah memahami selok-belok rumahtangga dan akan bersikap lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan mempunyai pengalaman bagaiman ingin menyelesaikannya.

5. Bijak Mengurus Kewangan

Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup matang dalam menguruskan hal kewangan. Inilah antara sebab sesetengah wanita tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.