Ini Penyebab Hilang Rezeki Dalam Rumah Tangga, Periksa Setiap Perkara dan Muhasabah Diri

Lepas kata lafaz ‘aku terima nikahnya’ itulah saat jatuh semua tanggungjawab, keputusan kepada suami. Selama mana tak bercanggah dengan hukum, kena ikut. Andai ada yang bercanggah, kena nasihat bukan bergaduh.

Yang menikah bukan antara manusia dengan malaikat, bukan malaikat dengan jin. Manusia sesama manusia, kita pasti bergaduh. Salah itu pasti wujud. Ada masa kita salah, ada masa dia salah. Maka jawabnya toleransi. Realiti perkahwinan tak seindah drama tv, bersedialah susah senang bersama.

  1. Tidak Terima Pasangan Seadanya

Masa awal perkahwinan ramai yang terpaksa mengikat perut memulakan hidup baru. Tak semua dapat kahwin dengan anak orang kaya yang sanggup sediakan segala-galanya. Lepas kahwin tinggal ‘cuci kaki ‘ sahaja. Masa inlah belajar untuk susah senang bersama. Ada kla Tuhan menguji dengan kesempitan wang, maka jawabnya sabar dan banyakkan berbincang.

Usahlah bergaduh sesama pasangan, lagi-lagi berkenaan wang ringgit. Suami sebagai ketua keluarga haruslah memainkan peranan penting. Buang sifat ego dalam diri anda. Disini jelasnya hidup berumah tangga ini merupakan satu perkongsian.  Anda sewajarnya belajar menerima kekurangan pasangan, sama ada sikap, akhlak dan sebagainya. Bila pasangan tidak reda antara satu sama lain, di situlah rezeki akan tersekat.

2. Anggap Anak Satu Beban

Memang perkahwinan membukakan pintu rezeki. Tapi bukan datang dalam bentuk wang ringgit sahaja. Pasangan yang baik pun rezeki, dikurniakan anak juga rezeki. Hati yang tenang juga rezeki. Dan kalau duit kita berkat, duit yang ada pun akan sentiasa rasa cukup.

Usahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut, menyesal ataupun rasa terbeban. Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak, kerana setiap anak ialah rezeki Allah SWT. Mereka juga merupakan amanah yang mana boleh membawa kebaikan atau bala kepada kita di akhirat kelak. Justeru, hargailah kewujudan mereka kerana merekalah asset selpas kematian kita nanti.

3. Tidak Pernah Bersyukur

Anda sewajarnya kurangkan mempersoal mengenai ujian yang Allah berikan kepada kita dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Kahwin itu ibadah merupakan jalan untuk dapat pahala. Mungkin di awal perkahwinan, anda terpaksa masak atau makan di rumah setiiap hari. Ataupun beli bungkus dan kemudian share berdua. Itu normal. Bukan senang nak mulakan hidup baru dari kosong.

Hidup kita tak sama dengan drama kisah cinta dalan tv yang biasanya cuma ada satu halangan dan kemudian terus dihabiskan dengan happy ending sampai bila-bila. Hidup ini banyak ujian yang perlu kita haunngi. Belajar bersyukur dengan setiap perkara yang mendatang. Tidak kira banyak atau sedikit, kerana syukur itu ialah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kedekut dengan Pasangan Dan Anak-Anak

Dulu ketika bercinta sanggup berjanji hidup susah senang bersama, kan? Bila ada rezeki lebih jangan simpan sendiri. Kongsikan sesema keluarga. Bila dihimpit dengan masalah kewangan,jangan mudah putusa asa. Anda kena kuat dan tabah. Usaha sehabis baik untuk mencari jalan penyelesaian. Ada sebab Allah Swt hantar dugaan kepada anda berdua. Supaya anda tak perlu hadapi cabaran itu seorang diri. Lama-kelamaan ini laha akan jadi kenangan.

Sebab detik-detik inilah yang akan mengeratkan hubungan dan menambah perasaan sayang dalam hati anda berdua. Jangan pula anda terlalu berkira dengan keluarga. Disini juga perlu diingatkan keluargalah yang utama, hendaklah bertolak ansur dan faham sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama pasangan dan anak-anaka serta ahli keluarga. Ingatlah, zuriat anda juga pembawa rezeki anda.

5. Cepat Marah Dan Selalu Naik Angin

Ada kalanya kita gagal untuk mengawal emosi dan perasaan kerana masalah yang timbul. Perasaan seperti serba salah, takut dan rasa tidak sedap hati yang beterusan akan menyebabkan anda merasa duka. Oleh itu, belajar untuk mengawal perasaan anda. Ingat! Bukan semua boleh terima dan faham akan emosi kita. Memang wajar kita sebagai manusia beremosi kerana kita mepunyai perasaan dengan melepaskan marah atau meniggikan suara bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Adalah lagi baik sekiranya anda menggunakan kata-kata baik sesama pasangan. Jika anda mempunyai anak, jangan tunjukkan sifat buruk dengan memaki hamun di depan mereka. Ingat, anak-anak bakal mengikut segala  tingkah laku ibu bapanya kerana mereka cermin kita di masa hadapan.

6. Suami Isteri Kurang Sabar

Tidak dinafikan bahawa kunci kepada segala kebahagian rumah tangga adalah sabar. Bahagia itu akan ada sekiranya kita bersabar dalam banyak hal. Bersabarlah dalam usaha menangani karenah masing-masing. Ada kalanya  sesuatu itu kita  tidak suka, begitu juga dengan pasangan. Mungkin ada sesuatu yang dia kurang gemar tentang perangai kita namun, tetap perlu bersabar, kerana kesabaran itulah punca rezeki. Ingat, pasangan yang perfect itu tak bermaksud pasangan yang ideal.

7. Sentiasa Lupa Berdoa

Ramai daripada kita sering ambil mudah dengan perkara ini. Lupakan kita, siapa yang paling berkuasa dan mampu perkenan kan doa-doa kita? Mintalah apa sahaja dengan –NYA. Lambat atau cepatt, DIA sentiasa engar doa-doa ktia. Sentiasalah ingatkan pasangan anda untuk dekatkan diri kepada Allah dan mendoakan yang baik-baik kedua-dua pasangan serta keluarga. Ibu bapa yang paling utama. Tanpa mereka dan restu mereka membahagiakan kita suami isteri. Sentiasa ingat mereka dalam doa, khususnya setiap kali selepas solat.

Leave a Comment

Your email address will not be published.