Inspirasi Kreatif Doorgift Pengantin

Perkahwinan merupakan peristiwa yang paling bermakna dalam hidup. Setiap kita mahukan perincian yang terbaik dari aspek pemilihan konsep perkahwinan hinggalah ke doorgift untuk para tetamu jemputan.

Untuk memberi doorgift kadangkala budgetnya mampu mencapai hingga ke Rm1 ribu hingga Rm 2 ribu. Bagi anda yang kekurangan budget ataupun mahu kelainan dalam perkahwinan. Bolehlah cuba buat sendiri doorgift.  Siapa kata anda tak boleh buat sendiri dari rumah ? 
Saya kongsikan dengan anda 10 jenis idea perkahwinan yang anda boleh buat sendiri. Jika anda berniat untuk membuat doorgift sendiri, pastikan anda mula melakukannya 3-5 bulan lebih awal.
1. Kipas kertas
Sumber : lullabylubbock.blogspot.com
 
Sumber : zikamu.com
Tatkala suasana yang sering panas diwaktu majlis perkahwinan, bolehlah anda pertimbangkan untuk buat kertas kipas sendiri. Ada banyak tutorial yang mengajar bagaimana membuat kipas kertas yang amat unik dan cantik.. Idea # jika anda ingin gambar wajah sendiri pada kipas kertas, bolehlah print gambar anda sendiri. Gunakan kertas yang sedikit keras agar gift anda nampak lebih berkualiti.
2.Tisu poket
 
Sumber : winkdesign.typepad.com
 
Sumber : stict hc raft reactions.com
 
Nak buat tisu poket tak ? Budget untuk buat projek diy ini juga lebih murah. Apa yang anda perlu buat, beli kain yang mempunyai corak yang comel dan mulakan menjahit. Kain felt juga boleh digunakan untuk membuat tisu poket.
3. Jar kreatif
Sumber : fabartdiy.com
Sumber : pixshark.com
 
Sumber : Somethingturquoise.com
Jika anda mempunyai pelbagai jar kaca dirumah, jangan buang ya ^_^.. kerana banyak projek diy boleh dilakukan. Jar boleh digunakan untuk letak kuih atau apapun decoration yang anda mahu. Nampak tak pic tu..cantik bukan.. Gantikan patung dengan heart shape ataupun any item yang related to love.. ho ho.. # tambah riben pada penutup botol supaya nampak lagi comel…hi hi…
4. Lilin
 
Sumber : Diycozyhome.com
 
wonderfuldiy.com
 
Lilin memang jarang rasanya digunakan sebagai pilihan doorgift. Apapun jika anda berkenan dengan lilin, tidak salah untuk anda cuba membuatnya. Jangan terkejut yang anda sendiri boleh hasilkan lilin yang penuh colourful sendiri.
5. Keychain
Sumber : aspoonfullofideas.com
sororitysugar.tumblr.com
Doorgift keychain adalah antara pilihan yang digemari ramai. Ia sesuai digunakan samada untuk tetamu lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Ada pelbagai jenis keychain yang anda boleh buat sendiri. Terpulang pada keinginan dan kreativiti anda sendiri. ^_^
6. Perfume
 
Sumber : peaceloveandlowcarb.com
Sumber : gomakeme.com
Siapa sangka kita sendiri juga boleh menghasilkan pewangi dari rumah. Nak dapatkan sumber wangian mungkin menjadi cabaran sedikit bagi anda yang ingin menghasilkan doorgift perfume. Boleh cuba cari essense dikedai barangan kreatif dan diy seperti kaison.
7. Handkerchief a.k.a sapu tangan
Sumber : destinationweddingmag.com
 
Sumber : aliexpress.com
Ini antara idea wedding yang paling mudah untuk anda lakukan. Anda hanya perlu beli handkerchief dan lakukan wrapping ataupun bentuk sapu tangan pada design yang paling kreatif. Jika anda agak kelam kabut sedikit, kemungkinan hanya tinggal 1 bulan before wedding, boleh try idea ini.
8. Notebook
Sumber : wedding-splendor.com
Sumber : simplemommie.com
Untuk membuat notebook sebagai doorgift, pastikan anda pilih notebook yang kecil agar ia nampak lebih comel. Jika anda teringin gambar perkahwinan pada muka depan notebook, anda hanya perlu keluarkan printer dan print gambar anda.
9. Sudu / Garfu
 
Sumber : lizhouweb.com
Sumber : tamarajewelry.wordpress.com
Tak kiralah samada anda memilih sudu / garfu jenis kayu ataupun besi, untuk menghiasnya tidaklah sesukar mana. Banyak kedai barangan dapur yang menjual pelbagai jenis sudu. Sesetengah bentuknya cukup unik dan boleh dijadikan pilihan doorgift. Jika anda rajin, bolehlah tambah coklat ataupun pemanis pada sudu..
10. Ornament idea
 Sumber : google
Sumber : happygoluckyblog.com
Doorgift jenis ini rasanya amat jarang kita nampak. Ia lebih popular dinegara barat. Apapun anda boleh cuba melakukannya kerana ia bukan sahaja kreatif dan cantik, tapi, ia juga unik.
Bagaimana ? Adakah sumber ini mencetus sebarang idea kreatif untuk bakal mempelai ? … Drop your comment and share !

Leave a Comment

Your email address will not be published.