Isteri Jangan Ada Perangai 7C , Suami Tak Suka

Tidak dapat dinafikan adanya kelemahan dalam setiap pasangan dalam hubungan suami isteri di alam rumah tangga, namun apa yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalau berusaha memperbaiki diri.

Tips 7`c sebab suami benci si isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumah tangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.

  1. Cabar

Sebagaimana yang anda tahu, lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Apa yang pasti disini lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

Isteri, setiap kali gaduh dengan suami mulalah  kata. “kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain) !”

2. Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot

Ada sesetengah wanita yang mana cantik tapi comot. Comot semada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!       

5. Cemburu        

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dh syak yang bukan-bukan.       

6. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu, wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.Sangat tak suka.

7. Cincai

Buat kerja rumah cincai, masak cincai kemas rumah cincai serta jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.