Bagaiman Menghadapi Suami Workaholic?
- Berlapang Dada
Kebanyakkan isteri menjadi tetekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami workaholic. Terkanan ini menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu adalah amat penting bagi para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi situasi itu.
2. Jangan Mencaci
Jangan sesekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingatkan bahawa suami jenis ini hamper menjadikan tugasan atau kerja mereka sebagai prioriti dalam hidup. Dalam bahasa mudahny, kerja itu menjadi ‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap langkah dalm menyuarakan ketidakpuasan hati mereka maka keretakan rumah tangga boleh menjadi dengan mudah.
3. Beri Dorongan
Cuba damping suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.
4. Tambah Daya Tarikan, Jangan Tambah Kebosanannya
Suami jenis ini biasanya agak kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan mood yang kurang. Ada kalanya akan menjadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi sikapnya agar beliau merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan suasana rumah agar nyaman dan selesa ibarat syurga. Penuhi segala keperluannya yang biasa seperti makan, pakaian dan peralatan kerjanya.
5. Jangan Suka Mendesak
Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sesekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. Contohnya untuk mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan sibuk.
6. Bantu Kerjanya
Jika memang workaholic tidak dapat dielakkan, cuba fahamisituasinya dan jadilah penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh andabantu seperti tolong mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda bekerja sendiri, cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja supaya dekat dengan rumah atau bawa balik sedikit kerja agar bersama-sama boleh dibantu jika perlu.
7. Silaturrahim
Lazimkan untuk sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti mendoakan keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan urusan kerja hari itu, nampakkan anda bersyukur yang beliau telah selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan beliau sudah makan kebelum? Makan apa? Di mana? Atau apa sahaja mesej yang mesra.