7 Kelebihhan tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin
- Privasi
Hidup sendiri, di rumah sendiri dan segalanya ditanggung sendiri. Rumah sendiri itu maknanya rumah kita dengan suami. Tidak kiralah rumah sewa ataupun rumah yang kita sudah beli. Tapi pasangan yang sudah bernikah memerlukan privasi agar hal rumahtangga terpelihara.
2. Selesa Dan Bebas
Rumah sendiri, berkeluarga sendiri menjadikan kita lebih selesa. Hendak bergerak ke mana, mahu baring terlentang tengah rumah pun tiada siapa yang menghalang. Melalak dalam bilik air pun tidak ada yang akan marah.
3. Boleh Bermanja
Suami hendak bermanja dengan isteri pun tiada masalah. Semua tingkahlaku anda suami isteri tiada siapa yang akan memerhatinya.
4. Bergaduh Pun Tiada Masuk Campur Dari Ahli Keluarga Lain
Jika hidup sendiri, bila bergaduh manja tidak perlu cover line sangat. Rasa hendak merajuk, silakan lah.Tiada siapa akan perasan atau tegur perangai buruk kita. Tapi jangan lah buat perangai buruk itu selalu, nanti menympah pula pasangan anda.
5. Sakit, Boleh Rehat
Bila sakit pening, demam atau letih boleh lepak atas katil sahaja. Rasa tak larat masak, boleh beli lauk kat kedai. Jika tinggal bersama mertua, segan pula kita hendak berbaring sehari suntuk. Mesti kena tolong juga ibu masak, cuci pakaian dan kemas rumah.
6. Boleh Terjah Dapur Sesuka Hati
Ini memang salah satu kebahagian si isteri. Tidak segan hendak terjah dapur. Agak rasa lapar tengah malam, boleh masuk dapur masak Maggi. Siapa hendk sibuk anda lepak di dapur sampai waktu subuh pun!
7. Belajar Berdikari
Dalam kita berbahagia, kita juga sebenarnya belajar untuk berdikari dan bertanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. InsyaAllah, kita mampu membina keluarga bahagia dan mengatur masa depan dengan lebih baik.