Jangan terlalu memilih kalau tak nak jadi bujang terlajak

Ya, memang benar jodoh itu di tangan Allah S.W.T. Namun, kita tidak boleh berserah semata-mata pada takdir atau jodoh. Usaha tangga kejayaan. Tak semua orang hidupnya merasai nikmat perkahwinan. Malah ada yang membujang hingga akhir hayat. Jadi, bersyukurlah sekiranya korang menemui jodoh.

Ada yang berusaha mencari jodoh tetapi tidak ketemu jua. Ada yang memangdiri sendiri tak nak kahwin atas sebab-sebab tertentu. Orang yang masih tidak berkahwin walaupun umurnya dah ‘senja’ biasanya dipanggil andartu( anak dara tua) untuk perempuan dan bujang terlajak untuk lelaki.

Kadang-kadang ada sebab kenapa diorang tidak berkahwin sedangkan rakan-rakan dan adik-beradik yang lain sudah beranak bercucu. Setiap apa yang berlaku itu mesti ada sebabnya.

  1. Terlalu memilih

Salah satu faktor menyebabkan seseorang itu menjadi andartu dan bujang terlajak iaitu terlalu memilih. Memang lumrah kita sebagai manusia mahu jodoh kita menepati ciri-ciri idaman. Namun, jangan melampau sangat.

Tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. Kalau korang nak yang sempurna, jawabnya kesudahlah tak ketemu. Bak kata pepatah, ukurlah baju di badan sendiri.

2. Hidup Seperti di bawah tempurung

Korang kena ingat, zaman semakin maju ke depan. Tapi koramg janganlah hidup seperti katak bawah tempurung. Ini tidak, kalau asyik berkurung dalam tempoh 24 jam macam mana nak bersosial.

Laman social pun takde. Tak semua laman social itu negative. Ada juga positif sekiranya kita pandai menggunakannya. Ramai yang bertemu jodoh melalui media social.

Kita hidup dalam masyarakat kenalah bergaul. Ini tidak, di pejabat pun korang buat hal sendiri. Bila rakan-rakan ajak keluar, korang tak nak.

3. Serik Bercinta

Jangan jadikan luka lama sebagai alas an untuk korang takut untuk bercinta lagi. Tak semua orang itu sama. Mana tahu dengan cinta baharu ini ia berakhir ke jenjang pelamin.

Tapi kalau korang sering nak bercinta, macam mana nak kahwin. Sebenarnya kegagalan cinta lama Allah SWT nak hadirkan yang lebih baik untuk kita. Jadi, jangan serik untuk bercinta!

Leave a Comment

Your email address will not be published.