Jodoh Lambat Sebab Selalu Lambatkan Solat

Antara Sebab  Mengapa Perempuan Kahwin Lambat Adalah Kerana :

  1. Pilihan Hati Mendapat Bantahan Keluarga

Apabila perkara seperti ini berlaku, kesudahannya, si gadis menjadi  tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir, kalau tak dapat kahwin dengan calon pilihan hati lebih baik jika tidak berkahwin langsung. Jangan terkejut kerana perkara seperti ini memang berlaku dalam masyarakat kita.

2. Hati Sudah Tawar Dan Serik Hendak Bercinta

Bila sudah putus cinta, mungkin rasa fobia bab-bab bercinta ini. Sudah tidak percaya dan malas hendak menaruhkan harapan dekat mana-mana individu walaupun ada yang sibuk memikat. Bagi mereka yang pernah putus cinta, tentunya mengerti betapa seksa dan deritanya jiwa raga apabila dikecewankan, Disebabkan terlalu terluka dan kecewa, keinginan untuk bercinta dan jatuh cinta lagi itu mungkin terhalang oleh perasaan takut dan juga dendam.

3. Gaji  dan Pangkat Lebih Tinggu Daripada Lelaki

Paras rupa yang menarik, status gaji dan pangkat yang lebih hebat daripada lelaki, biasanya akan mebuatkan kebanyakkan lelaki takut untuk memikat atau mendampingi wanita sebegini. Bagi pandangan mata lelaki, wanita yang punya status tinggi ini lebih ‘demand’ dan hanya memandang mereka dengan sebelah mata.

Sebab itu daripada awal, lelaki tidak akan ambil resiko untuk pergi memikat perempuan yang berkerjaya. Bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan.

4. Pentingkan Kerjaya Dari Keluarga

Kerjaya juga boleh menyebabkan sesorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden kini sudah mampu `mengalahkan ‘ lelaki dalam melakukan pelbagai kerja.

Mungkin pada pemikiran wanita seperti ini, mereka berniat untuk mengumpulkan duit terlebih dahulu buat keluarga. Tapi sayangnya, ramai wanita terlupa bahawa waktu akan terus berlalu dan usia pula akan dimamah waktu!

5. Kecewa Dengan Sikap Kebanyakkan Lelaki

Sebenarnya ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakkan lelaki. Contohnya,sikap mereka yang suak memandang kepada kecantikan wanita itu semata-mata. Wanita yang kecewa biasanya menjadi malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Mereka mungkin memerlukan masa untuk mengerti tentang kepentingan sebuah perkahwinan.

Taraf pendidikan dan pemceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan professional terus meningkat. Ini  menyebabkan perkahwinan pada usia muda berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956  wanita yang berkahwin pada usia 15-19 tahun lebih kurang 97 peratus dan mula menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan aqka terus menurus pada kead ini kerana negara semakin maju dan kehidpuan semankin canggih.

Leave a Comment

Your email address will not be published.