Jodoh Pilihan Sendiri Atau Keluarga Lebih Bagus?

Ibu bapa adalah orang yang paling risau untuk kita berkahwin kerana mereka berfikir adakah pilihan anda itu tepat dan betul. Ini kerana pada usia muda kita dianggap masih kurang dalam pengalaman menentukan hala tuju hidup.

Sebab itulah ibu bapa yang mengambil keputusan berat termasuklah mengenai jodoh. Namun, adakah ia masih relevan pada masa kini? Jom lihat antara panduan ringkas dalam tentang apa yang sepatutunya anda lakukan.

  1. Jom Sorok Atau Berahsia

Jika anda sudah ada calon jangan malu-malu untuk memberitahunya kepada ibu bapa anda. Beritahu mereka yang anda sedang mengenali hati budi seseorang supaya mereka tahu dan tidak mencari jodoh untuk anda.

2. Kenalkan Pada Keluarga

Apa yang sewajarnya anda lakukan adalah bawa pasangan datang ke rumah untuk berkenalan dan berbual lama dengan ibu bapa anda supaya mendapat keserasian antara mereka. Dari situ ibu bapa ada boleh mengenal pasti sama ada dia orangnya atau tidak.

3. Solat Mintak Petunjuk

Solatlah kerana solat itu tiang agama. Jika anda masih ragu-ragu kerana tidak yakin sama ada dialah orangnya atau tidak berdoalah dan mintak petunjuk dari Allah. Nescaya, segala yang anda cari akan ditunujukkan dengn segera.

Leave a Comment

Your email address will not be published.