Since zaman era teknologi dan semasa ni , ramai orang suka berniaga kat Instagram but mesti tertanya – tanya kan apa skill nak bagi gambar nampak cantik , menarik dan tak sendu
Sometimes ramai orang keliru macam mana nak bagi feeds nampak cantik dan tak bersepah .
So entri kali ni nak membantu korang yang suka ambik gambar then post kat Instagram
Bukan setakat nak tolong insan yang nak berniaga secara online je tapi tips ni jugak untuk orang yang suka ambik gambar then nak abadikan dalam ruangan Instagram .
Sebelum membahas lebih jauh, satu hal paling penting adalah memperbaiki username, gambar profil dan bio korang . Cuba gunakan username nama yang sebenarnya. Jangan yang sulit dihafalkan. Selain itu, bio adalah cerminan diri korang yang ditampilkan kepada follower korang nanti . Tak payah lah berbelit, buat yang simple , yang singkat,dan padat serta mewakili diri korang . Contohnya , ‘Full Time Traveler’, ‘A Photographer‘, ‘Pencinta Wanita ‘ atau ‘Penggemar makeup .’ Buatlah sejelas dan sesederhana mungkin , jangan simple sangat macam ni haha .
1. Ambil gambar dengan warna yang senada. Senada bukan bermaksud warna yang terlalu sama atau gambar yang sama . Maksudnya , contohla korang pilih warna coklat then gabungkan dengan warna coklat cair ataupun ‘nude’ . Contohnya , macam kat bawah ni :
2 .Perlu ada tema
Perkara yang perlu korang lakukan adalah memilih tema khusus untuk diri korang.So maksud dia kat sini adalah korang ni jenis tema apa , contohnya traveler, fotografer, make up artist, online seller atau food blogger. Ehm, tema inilah yang akan buat korang nampak expert dalam bidang korang. Nak tak nak , feed Instagram korang kena diisikan foto berdasarkan tema tertentu
Berdasarkan tema yang korang ambil, sekaligus pilihlah satu warna yang akan merapikan feed Instagram korang. Contohnya, korang yang suka travelling ke pantai atau pulau, adalah lebih baik jika korang menggunakan warna biru atau contohla korang ni fotografer then gunakan tema ‘monochrome’. Bukan bermaksud suruh korang saja – saja nak letak warna hitam macam tu tapi nak menunjukkan yang korang ni ada tema then barulah nampak korang ni macam fotografer hebat gitu ! Kalau korang ni fotografer wedding penuhkan feed korang dengan gambar wedding macam ni :
3 . Then korang kena kurangkan gambar selfie !