Kalau Ada Masalah Dengan Pasangan Baiki, Bukan Cari Yang Baru

Sesuatu yang kita sebagai manusia tidak dapat elak iaitu salah faham dan pergaduhan.  Kita bergaul dengan ramai orang. Begitu juga dalam rumah tangga. Bukan semuanya manis belaka. Ada pahitnya juga.

Namun, ia terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita berusaha mengawal perasaan ketika marah.  Tidak dinafikan bahawa memberi pendapat itu tidak salah tetapi biarlah dengan cara yang betul.

  1. Mengaku Kesalahan

Tidak dapat dinafikan bahawa kejujuran adalah sangat penting dalam perhubungan. Adalah lebih sekiranya mengaku kesalahan yang telah anda buat walaupun ianya suatu kesalahan kecil.

2. Jaga Bahasa

Seteruk mana pun pertengkaran dan pergaduhan anda jangan sampai terkeluar bahasa yang kurang enak didengari. Hal ini ditakuti akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda.

3. Cari Apa Yang Tidak Kena

Apa yang anda sepatutunya lakukan adalah kenal pasti kesalahan yang anda atau pasangan lakukan untuk pastikan agar semuanya tidak berulang kembali.

4. Jangan Memaksa

Anda dinasihatkan jangan sesekali memaksa pasangan anda untuk berterus terang. Apa yang lebih baik adalah tunggu sehingga dia betul-betul bersedia untuk menceritakan segalanya pada anda.

5. Beri Ruang

Bagi ruang untuk berfikir dan tenangkan fikirannya terlebih dahulu. Nanti kalau rindu, dia pasti akan hubungi anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.