Dalam sesuatu hubungan kita sering kali meletakkan harapan yang tinggi agar pasangan kita menjadi seperti yang kita inginkan. Hakikatnya tidak yang seperti yang kita fikirkan lalu wanita beranggapan, lelaki terlalu sukar untuk difahami.
- Lelaki Dan Ego
Biasanya lelaki suka mempamerkan kegoannya pada dua masa, di pejabat dan di rumah. Tidak dinafikan, ramai wanita yang merasa bosan menghadapi lelaki yang ego begini. Tetapi tidak ada ruginya jika anda mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia merasa senang, semua orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutama orang yang dicintai.
2. Jangan Paksa Lelaki
Sikap semula jadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya. Sebaliknya kebanyakkan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara sebegitunya sebernarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak, semakin lelaki akan membisu dan berhelah. Cara terbaik ialah membaca bahasa badan, matanya atau perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak pasti ada sesuatu yang tidak kena atau si dia sedang bermasalah.
3. Lelaki Suka Membisu
Sebagaimana yang anda tahu, wanita mempunyai kelebihan untuk berbicara tentang sesuatu perkara yang sensetif atau meluahkan masalahnya atau apa jua yang dirasainya. Selagi masalah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak pulak bagi pihak lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan membisu. Sama ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk meluahkannya.
4. Lelaki Gemar Berahsia
Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa saja yang dirasai dengan wanita lain. Sebaliknya tidak bagi lelaki. Malah untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk becerita dengan kawan lelakinya yang rapat.
5. Lelaki Tidak Kompleks
Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-kerja rumah. Sedangkan mereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan beerti pasangan anda seorang yan konservatif atau sememangnya lelaki ini kompleks. Sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus-terang jika anda ingin meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.