Kalau Nak Kahwin Sangat, Jangan Pilih Lelaki Yang Sweet Je, Tengok Sifat Lain Juga

Antara faktor peceraian yang utamanya adalah dari segi kewangan. Masalah kewangan bukan semata-mata berlaku sebab gaji kita rendah, tetapi kita yang tidak pandai menguruskannnya. Jadi, masa pilih bakal suami tu, pilihlah betul-betul.

Nak cari pakwe, jangan cari yang sweet sahaja, kena cari yang bijak kewangan sekali. Sweet tahap potong kaki pun kalau bab kewangan kacau bilau, bukan senang juga. Nak sara diri sendiri pun haru biru macam mana nak sara anak dara orang.

Selain daripada faktor kewangan, terdapat lagi beberapa ciri-ciri pilihan suami yang baik menurut Islam agak sukar sebenarnya. Memang sesuatu yang benar dimana jodoh dan pertemun itu adalah ketentuan Allah.  Namun setiap ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar. Jadi marilah ketahui ciri-ciri lelaki yang baik dan calon suami yang baik.

  1. Bijak Hal Ehwal Rumahtangga

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Ianya umpama bonus sekiranya si suami itu pandai memasak dan membasuh, sangat-sangatlah membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

2. Mudah Memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu, si suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak merekea.

3. Berkemampuan

Mampun yang dimaksudkan disini adalah berupaya menyediakan tempat tinggal, sara hidup seperti biasa, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga.

4. Amanah Dan Jujur

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan.

5. Rajin Dan Tidak Malas

Rajin, berpikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘ memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata.

6. Hormati Dan Percaya Pada Wanita

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan  dan tidak bersangka buruk terhadap isteri.

7. Lelaki Yang Sanggup Menjadi Pembela Pasangannya

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup . Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

8. Ketrunan Yang Baik

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi  bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiahkan anak.

Leave a Comment

Your email address will not be published.