“Keindahan Rezeki Yang Berkat ”

“Menikmati hasil titik peluh sendiri dengan menikmati hasil yang tidak berapa nak berpeluh ada bezanya.”

#1: Dapat membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni .

Kerana rezeki yang berkat kita akan sentiasa dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni

#2: Rasa ‘best’.

Ada lain sedikit kepuasan yang anda dapat jika anda betul-betul berusaha gigih untuk bekerja dengan jika anda hanya goyang kaki, elak kerja dan tunggu gaji masuk. Walaupun lebih senang dan kurang perih, rasa ‘best’ tu yilek. Lagipun, sebab anda tahu betapa susahnya anda bekerja untuk mendapatkan duit, anda akan lebih berhemah ketika berbelanja.

#3: Darah daging.

Apa yang anda dapat dan anda beli untuk makan, akan menjadi darah daging anda. Rezeki ini jugalah penyambung kepada kelangsungan hidup anda, pasangan dan cahaya mata anda berdua. Kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk yang tersayang, jadi sumber rezeki kita pun kenalah yang terbaik, okay? Setiap sen perlu berkat.

# 4 : Sentiasa murah rezeki dan sentiasa ingin melakukan kebaikan dengan duit tersebut

Duit cukup sampai akhir bulan adalah satu level kegembiraan yang seronok dan penuh syahdu. Walaupun kadang kala itu, gaji anda tidak banyak sangat selepas dicampur imbuhan dan lain-lain, entah macam mana rasa okay sahaja sampai gaji bulan berikutnya. Kadang kala kalau dah nak habis itu, tiba-tiba ada rezeki lain yang tidak  disangka – sangka .

Jadi, always buat kerja dengan bersungguh, okay? Sebab insyallah walaupun jika gaji kita tidak setimpal, rezeki akan datang dalam banyak cara lain yang kita tidak duga.

Leave a Comment

Your email address will not be published.