Kenapa kena makan beradab ?

Seperti yang kita tahu makan beradab adalah merupakan satu adat bagi setiap majlis perkahwinan yang berlangsung . Oleh itu , jom kita selongkar apa fakta – fakta makan beradab untuk pengetahuan semua bakal mempelai!

 

   1) Sebagai tanda kesyukuran setelah berjaya diijab kabul kan .

Demi meraikan hari kesyukuran setelah mendirikan rumahtangga , makan beradab diadakan sebagai tanda kesyukuran .

2) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga .

Setiap kali makan beradab , pasangan mempelai akan makan bersama ahli keluarga masing – masing . Oleh itu , ia akan mengeratkan silaturrahim  sesama ahli keluarga

3) Menunjukkan kemesraan dan kemanisan pengantin .

Pengantin akan bersuap sesama mereka untuk menunjukkan kemesraan dan kemanisan pada harii bahagia mereka !

Oleh itu , setiap majlis perkahwinan akan diadakan makan beradab selain untuk mengambil berkat !

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.