Kenapa Pentingnya Ucapan Maaf Dalam Rumah Tangga. Bukan Lepas Gaduh Je!

Apa yang paling berkesan untuk melupuskan apa jua konflik adalah dengan cara meminta maaf dan memaafkan. Dalam erti lain juga, maaf ini mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan rumah tangga.

Pada hakikatnya ucapan maaf ini paling susah untuk diucapakan dan diterima ketika berlakunya  masalah antara suami isteri. Boleh dikatakan masing-masing ada ego tersendiri, tidak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan kalimat keramat ini yang akhirnya mengeruhkan lagi hubungan.

Apa yang pastinya disini mengucapkan maaf kepada pasangan, menenangkan jiwa dan membuat pasangan rasa lebih dihargai.  Oleh itu, fahami empat alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting dalam sesebuah rumah tangga.

  1. Mampu Menyelamatkan Rumah Tangga

Sesuatu yang kita tidak dapat elak setelah menjadi suami isteri adalah rasa kecil hati dan tersinggung. Apa yang dapat dilakukan untuk meleraikan segala masalah itu adalah dengan anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf kepada pasangan. Dengan memohon maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.

2. Bukan Bererti Lemah

Jika anda berpendapat bahawa meminta maaf  itu berada di pihak yang lemah, anda sebenarnya telah silap. Hakikatnya, ketika anda meminta maaf kepada pasangan anda disebabkan oleh kesalahan sendiri , ia akan menunjukkan bahawa anda sedang menghargai perasaan pasangan. Lagipun tidak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Adalah lebih baik jika anda beterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan terus tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasaan ini boleh mencetuskan perang yang besar.

3. Keras Kepala Bukan Penentu Yang Anda Kuat

Untuk pengetahuan anda walaupun anda seorang yang keras kepala dan ego yang tinggi  ianya sama sekali bukan penentu sama ada seseorang itu lebih kuat ataupun tidak.  Dalam masa yang sama sekiranya sikap ego dan mementingkan diri ini dibiarkan sahaja  lama-kelamaan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga. Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda bina akan lebih harmoni.

4. Tidak Semestinya Yang Salah Harus Meminta Maaf

Ketika anda memarahi pasangan kerana melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja ada perbuatan, mimik muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi, tidak salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata itu merupakan sebuah ungkapan yang sangaat berkesan dalam meredakan kemarahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.