Kenapa mempelai wanita perlu ada bunga di tangan ye semasa hari persandigan ?
#1: Bila lagi anda boleh pegang bunga kesukaan anda tanpa dipandang pelik orang ramai
Yes, andalah ratu pada hari bahagia ini. Anda nak pegang orked pun boleh, anda nak pegang daisi pun boleh, anda nak pegang bunga apa pun boleh. Anda boleh pegang satu hari. Tak rimas pun. Kalau nak tunggu pasangan bagi macam kena tunggu hari istimewa atau mungkin tak akan dapat pun. >.< And…tiada siapa boleh kritik, sebab andalah ratu pada hari perkahwinan anda.
Sumber foto: Instagram Indah Wedding
#2: Buat anda rasa lebih istimewa
Mana ada orang lain boleh pegang bunga macam anda di majlis anda. Anda seorang je boleh. Spotlight memang pada anda seorang saja. Dan bunga tangan itu antara faktor yang menyumbang. Hiks.
#3: Boleh ‘cover’ perut
Anda ada sedikit buncitan yang tak sempat nak hilang sebelum majlis anda berlangsung? Jangan risau, bunga tangan anda boleh selamatkan anda. Masa bergambar nanti, gunakan bunga tangan anda untuk sebagai prop untuk tutup sedikit perut anda. Nah, seakarang anda boleh bergambar dengan penuh confident.
Sumber foto: Instagram Flair Design