Sejauh mana sesuatu hubungan itu dibina? Kalau sampai ke syurga, Alhamdulillah. Namun, apakan terjadi jika sebaliknya pulak? Apa yang perlu diketahui, Bagaimana ciri-ciri pasangan anda yang menunjukkan bahawa mereka mencintai anda seadannya? Pernahkah anda terfikir mengani ini? Ok, teruskan baca artikel ini untuk mengetahui ciri-ciri pasangan yang mencintai kamu seadannya.
- Menerima Anda Seadannya
Apa yang jelas sepatutnya diimata mereka, anda adalah yang terbaik, anda adalah yang tercantik dan yang paling kacak. Mereka menerima segala kelemahan dan kebaikkan yang ada pada diri anda. Mereka tak akan senang-senang menyuruh anda menjadi itu ini, sesunggguhnya mereka senang dengan anda. Mereka mampu terima anda seadannya.
2. Berupaya Memperbaiki Diri
Jika si dia menginginkan anda, dia akan melakukan berbagai cara untuk memperbaiki dirinya. Sebagai contoh mudah yang dapat lihat pada masyarakat sekarang adalah, apabila si perempuan tidak suka akan lelaki yang menghisap rokok, lantas si lelaki berusaha untuk meeninggalkan tabiat itu. Ini bermakna, si lelaki cuba memperbaiki dirinya demi pasangannya yang dicintai.
3. Sentiasa Memberi Perhatian
Si dia senntiasa menunjukkan perhatian kepada anda. Maksudnya perhatian dsiini bukanlah setakat bertanya ‘sudah makan ke belum’ tetapi juga seperti bertanya khabar tentang anda dan keluarga anda. Mereka juga sentiasa alert akan hari lahir anda, malah turutmeraikannya. Itu tandanya, si dia sudah mula memberi perhatian buat orang yang mereka sayangi.
4. Meluangkan Masa Bersama
Apabila si dia sudah mula sukakan anda, sesibuk mana pun, sia dia akan meluangkan masa bersama anda walaupun sekejap. Walaupun hanya sekadar melalui handphonesahaja, tetapi si dia tetap akan berasa puas dapat menghubungi orang yang mereka sayangi dan cintai. Namun perkara yang dibualkan haruslah tidak menjurus kepada maksiat dan kemungkaran.
5. Kekurangan Bukan Dijdikan Bahan Ejekkkan
Setiap kekurangan yang ada pada diri anda, tidak akan dijadikan sebagai bahan ejekan. Mereka akan lebih bersifat matang. Kalau dah boleh menerima kekurangan anda, tak akan pula kekurangan itu akan dijadikan bahan ejekkkan pula kan?
6. Jujur dan Terbuka
Apabila si dia sudah selesa bersama anda, si dia tidak segan untuk menceritakan masalah mereka. Mereka berasa lebih terbuka dengan anda. Selain itu, mereka juga akan bersikap jujur terhadap anda, bila dan rasa senang bersama anda, apa jua yang dilakukkan, berterus-terang sahaja agar kelak tidak akan membawa kepada perbalahan dalam hubungan itu. Berdasarkan kajian juga, salah satu kunci hubungan yang harmoni apabila pasangan sentiasa bersikap terbuka dan jujur terhadap insan yang mereka sayangi.