Ada segelintir wanita yang mana sering menghadapi masalah wajah yang kelihatan tua darpiada usia sebenarnya. Keadaan ini terjadi disebabkan tekanan kepada diri sendiri bukan sahaja dalam mencari teman hidup, malah menjadi ejekkan teman-teman kerana dianggap sudah beranak tiga.
- Stress
Stress merupakan antara punca yang mana menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan situasi ini adalah anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang, membeli belah atau bersenam jika anda di dalam keadaan stress.
2. Pola Makanan Tidak Sihat
Anda perlu prihatin dimana sekiranya anda memiliki kulit yang cepat kering atau cepat tua jangan sesekali makan sebarangan. Adalah lebih elok sekiranya anda banyak makan buah-buahan serta sayur dan omega 3 dalam memastikan ianya memberikat kulit yang sihat dan awet muda.
3. Genetik
Faktor sebegini kita tidak dapat elakkkan. Jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua dari usia sebenar. Usah mengeluh. Apa boleh anda lakukan adalah banyakkan makan ulaman serta air suam untuk melambatkan proses penuan tersebut.
4. Sinaran Matahari/UV
Untuk pengetahuan anda kedutan yang muncul akibat cahaya panas matahari atau menggunakan method pewarnaankulit seperti tanning bed. Sinaran UV dan UVB yang menembusi kulit akan menyebabkan kelembapan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.
5. Alkohol dan Rokok
Apa yang jelasnya disini kandungan racun yang terdapat pada rokok dan alcohol mempunyai radikal bebas menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Disebabkan ini kulit akan menjadi cepat kering ser tua berbanding usia sebenar.
TIP:
- Anda seharusnya elakkan minum ais supaya wajah kelihatan muda dan cantik
- Amalkan tiduk secukupnya dan jangan sering tidur lewat. Ini boleh menyebabkan eyebag di bahagian mata
- Amalkan membaca selawat pada segelas air kosong dan minumnya setiap kali bagun tidur.
- Pengambilan kalogen yang beresuaian mampu menambahkan kalogen pada kulit.
- Sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum walaupun anda mempunyai masalah.