Masa Tidur Pun Boleh Turunkan Berat Badan? Ini Antara Caranya

Sekiranya anda sudah mencuba perlbagai cara untuk menurunkan berat badan namum hasilnua belum bekesan,  tetapi janganlah berputus asa. Anda hanya perlu teruskan amalan itu dan dalam waktu yang sama tambahkan cara ini sebelum anda tidur agar impian untuk menurunkan berat badan dapat dicapai.

1. Makan Malam Awal

Sekiranya anda ingin menurunkan, makan malam awal merupakan sesuatu yang sngat penting  Sangat tidak digalakkan untuk makan lewat malam dengan alas an jika anda makan awal perut anda akan kembali lapar sebelum tidur.  Dengan mengambil makan malam lebih awal , system pencernaan tubh dapat membantu system penghadaman sekali gus membuatkan kadar metabolisme berfungsi dengan baik ketika anda berehat ataupun tidur.

2. Ambil Makanan Dan Minuman Berunsurkan Protein Sebelum TIdur

Sekiranya anda merupakan seorang indiviu yang suka menguyah snek sama ada siang mahupun malam lebih-lebih lagi sebelum tidur amat digalakkan menggantikan sahaja snek tersebut dangan makanan dan minuman yang berunsukan protein sperti susu ataupun yogurt.  Khasiat daripada protein itu berguna untuk menggalakkan otot boleh dirawat sepanjang malam semasa anda tidur.

3. Padam Semua Gajet Atau Barangan Elektronik

Seelok-eloknya sekiranya anda ingin melelapkan mata, anda harus memastikan anda mematikan segala gajet dan barangan elektronik di bilik tidur.  Kajian ada mengadakan short-wave length cahaya biru yang dipancarkan daripada tablet ataupun telefon boleh menyebabakan gangguan penghasilan melatonin yang ada di dalam tubuh anda selain mengganggu metabolisme dalam badan.

4. Tidur Dalam Bilik Gelap Sepenuhnya

Menerusi satu kajian sekiranya anda berada di dalam bilik atau satu ruang yang mana 99 peratus gelap tanpa sebarang cahaya, ianya akan menyebabkan badan menghasilkan hormon melatonin. Ianya bukan sahaja membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, dalam masa yang sama membantu dalam proses pembakaran kalori lemak coklat.

5. Rendahkan Suhu Bilik

Tidur dalam bilik yang suhunya rendah dan sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori sepanjang malam.  Hai ini menyebabkan mekanisme pertahanan dalam badan dibina supaya jika anda berasa sejuk menyebabakan badan akan membakar leibh banyak kalori  bagi tujuan memanaskan badan.  Secara tidak langsung dapat membakar kalori.

6. Tidur SlamaTujuh @ Lapan Jam

Apa yang paling penting ialah mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi  dalam sehari.  Anda seharusnya menyiapkan tugasan lebih awal supaya dapat mengelakkan diri daripada berjaga malam.  Apa yang terjadi sekiranya anda kurang tidur adalah ianya akan menyebabkan metabolisme badan terganggu dan menjadi perlahan pada siang hari. Hal ini cenderung menyebabkan ada makan banyak di siang hari. Jadi ubahlah tabiat tidur anda dari sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.