Memilih Baju Pengantin Yang Kelihatan Sempurna. Ini Tips Berikut

Pemilihan busana yang baik menjadi keinginan setiap individu yang bergelar pengantin. Oleh itu,baju pengatin perlulah bersesuaian dengan citarasa, harga, kualiti dn jenis kain agar si pemakai selesa. Jadi para pengatin di luar sana dengar sini, buatlah keputusan bijak dalam pemilihan busana pengantin anda nanti.

1.Berapa Pasang

Sangat digalakkan menentukan berapa pasang baju pengantin yang anda inginkan. Jumlah pasang bergantung kepada berapa jenis majlis yang anda adakan. Secara umumnya, minimum dua pasang sudah mencukupi iaitu satu dipakai semasa majlis angkat nikah sama ada di rumah pengantin perempuan ataupun di masjid dan lagi satu dipakai semasa majlis bersanding. Sekiranya majlis anda berjalan serentak dlm sati hari, satu pasang sudah mencukupi. Yang penting, jangan pakai sepasang baju yang sama pada hari yang berlainan.

2.Beli/Tempah/Sewa

Bagi mendapatkan baju pengantin, tiga cara utama yang boleh dilakukan adah tempah, beli ataupun sewa. Pada pendapat saya cara terbaik adalah dengan menempah, kerana anda boleh berbincang dengan tukang jahit berkenaan reka bentuk yang diingin berdasarkan citarasa anda. Tambahan lagi, apa yang paling bagus dengan tempahan ini ukuran dan saiz boleh disesuaikan dengan badan anda. Kalau anda nak beli baju yang sudah siap tidak ada masalah sekiranya anda mempunyai bentuk dan saiz badan yang normal kerana kebanyakkan baju direka berdasarkan saiz normal kebanyakkan orang. Melainkan anda kekurangan bajet untuk menempah sendiri atau beli baju yang dah siap, anda boleh menyewa set pakaian pengantin dari butik-butik pengantin. Namun, perlu diingatkan, perlu menyewa dengan lebih awal, takut takde saiz dan dan baju yang sesuai kalau lambat.

3.Reka Bentuk

Reka bentuk baju pengantin yang korang pilih, sama ada baju melayu, baju kebaya melayu, ala inggeris, ala Bollywood dan sebagainya. Perlu diingatkan lagi pemilhan ini perlulah bersesuaian dengan tema majlis perkhawinan yang anda inginkan. Dari segi material pula, perlulah jenis kain yang anda inginkan samada kain satin, songket, lase atau sebagainya. Dapatkan pandangan dari pereka baju ataupun jurujual butik pengatin untuk mendapatkan reka bentuk dan jenis material yang bersesuaian degan bentuk badan anda untuk majlis perkhawinan.

4.Warna

Pemilihan warna baju pengatin sangat memainkan peranan jika salah akan sedikit sebanyak mencacatkan majlis perkhawinan, jadi anda periu berhati- hati dalam pemilihan warna baju pengantin. Pastikan warna yang dipilih sesuai dengan bentuk tubuh serta warna kulit anda. Jika anda seorang individu yang berbadan gempal, anda boleh kelihantan langsing jika mengenakan baju pegantin yang berwarna sedikit gelap dan diperbuat daripada material kain yang tidak licin. Bagi pengantin yang berkulit gelap, seelok-eloknya elakkan warna gelap kerana akan menenggelamkan seri pengantin baru. Namun, memilih warna yang sangat terang juga tidak sesuai terutama sekali semasa gambar diambil. Pilihan terbaik adalah memilih baju  yang beerwarna lembut dan sederhana, seperti kuning lembut dan putih. Apa-apapun semuanya bergantung kepada citarasa anda tersendiri.

5.Aksesori

Walaupun baju pengantin anda kelihatan ringkas dari segi rekabentuk, jenis, warna dan materialnya, tetapi anda masih boleh menyerlahkan penampilan dengan menggunakan aksesori yang bersesuaian. Sebagai contoh rantai, kerongsang, gelang, mahkota dan selendang adalah aksesori yang sesuai untuk pengantin wanita. Bagi pengatin lelaki pula aksesorinya bergantung kepada jenis bajunya antara aksesorinya ialah songkok, kerongsong, sampan dan keris. Perlu diingatkan aksesori yang dipakai janganlah berlebihan sehingga menyebabkan anda tidak selesa dan sukar bergerak. Di samping aksesori tambahan, pemilihan kasut yang besesuain dengan pakaian yang dipakai turut memainkan peranan yang penting. Elakkan memakai selipar biasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published.