Mulakan Dari Sekarang Demi Tabung Kahwin Masa Akan Datang.

Kos perbelanjaan yang tinggi sangat diperlukan oleh individu yang  ingin mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana kos perbelanjaan untuk persiapan sesuatu majlis perkahwinan memerlukan sejumlah wang yang agak tinggi.

Tambahan pula, kos hidup selepas berkahwin juga perlu dititikberatkan disebabkan anda bukan saja perlu memikirkan kos hidup sendiri tapi juga pasangan anda agar lebih terjamin.

  • Mula Lebih Awal

Adalah disarankan kepada pasangan muda yang mana sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan catat segala perbelanjaan anda setiap bulan.  Lagi bagus sekiranya anda menyediakan satu buku nota untuk mencatat segala jenis perbelanjaan bagi setiap bulan.

Kepada yang masih belum ada pasangan jangan  ambil remeh perkara ini. Hal ini seharusnya dijadikan satu peluang anda untuk mengumpul lebih banyak maklumat setiap bulan.

  • Kerja Sambilan

Bagi mereka yang ada masa lebih anda boleh mula membuat bisnes kecil- kecilan walaupun untungnya tidak besar. Sekurang-kurangnya anda mempunyai duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.

Cara kedua,  anda boleh membuat pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah. Contohnya menjual barang online dengan menjadi ejen. Di era moden ini adanya laman social seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi yang dapat membantu mempromosikan hasil kerja kita.

  • Ikut Kemampuan

Sesunguhnya sesebuahnya majlis perkahwinan itu bukanlah dinilai dari lokasinya, gahnya sesebuah pelamin ataupun nilai mas kahwinnya. Apa yang harus dipentingkan adalah siapa yang hadir pada hari majlis anda bagi meraikan hari bahagia anda dan pasangan.

  • Pihak Wanita Juga Perlu Bertanggungjawab

Setiap kali menyebut isu duit simpanan kahwin, sudah menjadi persepsi masyarakat semuanya adalah tangungjwab pihak lelaki. Tetapi bukankah berkahwin ini perkara yang perlu dilakukan secara bersama?

Leave a Comment

Your email address will not be published.