Nak Bahagia Dalam Rumah Tangga Yang Paling Penting Adalah Jangan Menipu

BIla sesorang mendirikan rumahtangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahagian bersama pasangan dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, pasti setiap setiap orang akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pasangan mereka dengan harapan si dia akan jujur dengannya.

Tapi hakikatnya langit tidak selalu cerah  hingga ke petang. Tidak kira suami atau isteri, ada masanya mereka akan terperdaya dengan godaan luar hingga menyebabkan mereka melanggar janji setia kepada pasangannya.

  1. Elak ‘Penipuan’ Dalam Hubungan

Sekiranya anda sudah terbiasa menipu dan tidak jujur dengan pasangan anda lama-kelamaan apabila semuanya terbongkar ianya menyebabkan pergaduhan antara pasangan. Apa yang paling teruk lagi disebabkan pergaduhan ini jalan terakhir untuk selesaikannya adalah dengan mengambil keputusan untuk bercerai. Tapi ada sesetengah pasangan yang ketal serta dapat berfikiran waras yang mana mampu mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk pasangan.

2. Tak Salah Pasangan Menyiasat

Sebagai contoh isteri akan mula mengambil tahu gerak geri suaminya dengan menyiasat. Sekiranya si suami tertangkap telah menipu sekali lagi, si isteri akan berhenti menyiasat namum itu tidak bermakna si isteri berputus asa. Suami mungkin sangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah.

3. Bahayanya Sekiranya Pasangan Hilang Kepercayaan

Hakikatnya sekiranya dikhianati sekali, kepercayaan itu akan hilang untuk selama-lamanya. Akan berlaku satu keadaan dimana si suami itu bercakap benar, namun si isteri sukar untuk mempercayainya.

4. Jangan Sampai Pasangan ‘Meluat’ Dengan Perangai Anda

Jika berlaku situasi sebegini, ertinya si isteri sudah mula muak dengan perangai suami dan tidak akan ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang difikirkan oleh isteri adalah memikirkan cara untuk mengurankan kebergantungan terhadap si suami.

5. Persiapan Mental

Pasangan seharusnya bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku  sama ada dari segi material, fizikal dan mental.

Leave a Comment

Your email address will not be published.