Nak Elak Salah Faham Dalam Hubungan, Kena Ikut 4 Langkah Mudah Ini. Gerenti Menjadi!

Tidak dapat dielakkan untuk setiap hubungan ada masalah tersendiri. Masalah yang paling kerap berlaku antara pasangan suami isteri adalah salah faham.  Ianya akan menjadi parah jika ia tidak dibendung dan tidak diselesaikan dengan cara yang betul.

Oleh itu, dalam hal ini suami isteri memainkan peranan bagi mengelakkan salah faham untuk menjadi punca kepada keretakan rumah tangga. Jangan biarkan ego menguasai  diri sekali gus membawa kepada kemudaratan hubungan rumah tangga. Hargai pasangan anda dalam memastikan keluarga anda lebih bahagia.

  1. Jangan Gunakan Perkataan “Tidak” Dan “ Tidak Akan”

Sebagaimana yang anda tahu perkataan “tidak “ dan ‘tidak akan” mempunyai kemungkinan untuk memberi kenyataan negatif. Adalah suatu tidakkan yang tidak berkesan sekiranya anda ingin berbincang tentang kehendak anda. Di samping itu, pasangan anda mungkin sukar untuk memahami apa yang harus mereka lakukan selepas mendengar frasa ini, kerana kekeliruan akan meninggalkan mereka dengan pilihan yang berbeza. Sebagai contoh,

Ayat kurang sesuai : “ Saya tidak mahu awak mengawal saya.”

Ayat yang sesuai : “ Saya nak awak percayakan saya.”

2. Jangan Sesekali Membandingkan Pasangan Anda

Sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan pastinya tidak suka dengan perbandingan. Lebih-lebih perbandingan yang menunjukkan kelemahan pasangan anda. Mungkin hal ini kelihatan sebagai sesuatu yang remeh, namun perkara ini boleh membuatkan pasangan anda tersinggung dan berasa hati. Jika anda ingin membandingkan pasangan anda dengan seseorang, pastikan perbandingan itu kearah positif seperti memuji.

Ayat kurang sesuai: “Pandai awak memasak, tapi tidak boleh kalahkan masakan emak saya.”

Ayat yang Sesuai : “Sedapnya wak masak, rasa tak ubah seperti masakan emak saya.”

3. Jangan Rosakkan Pujian Dengan Perkara Negatif

Adalah satu perkara yang tidak bijak untuk dilakukan bagi menyatakan rasa tidak puas hati ketika sedang memberikan pujian. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggabungkan pujian dengan kritikan sekiranya anda ingin memberikan pujian. Hal ini demikian kerana, ianya akan menyinggung perasan pasangan anda.

 Ayat yang tidak sesuai digunakan : “ Makan malam ini sungguh enak, bukan macam semalam.”

4. Cuba Gunakan Perkataan “Dan” Daripada “Tetapi”

Kelihatan peraturan ini seperti mudah namun anda harus  pastikan yang anda sentiasa mengaplikasikan peraturan ini dalam kehidupan anda. Dan ia pasti berbaloi kerana ianya membantu komunikasi anda bersama pasangan anda.

Ayat kurang sesuai : “Saya boleh memahami awak, tetapi saya juga mahu awak memahami saya.”

Ayat yang sesuai: “Saya boleh memahami awak, dan saya juga mahu awak memahami saya.”

Leave a Comment

Your email address will not be published.