Orang Perempuan Bila Emosinya Penat, Membebel Adalah Satu Terapi Buat Mereka

Pernahkah terfikir tak kenapa perempuan suka membebel? Serius kalau isteri dah mula bebel kita akan jadi simpati kat dia. Perempuan mana tak suka bebelkan tapi sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik bebelan tu yang lelaki tak faham.

Kalau orang perempuan dah mula bebel ni ada beberapa sebab yang kita sebagai lelaki nak kena faham. Kemungkinan ada keprluan biologis fan fisiologid si dia yang tak terpenuhi.

  1. Kurang Rehat

Bayangkan   perempuan yang berkejaya ini terpaksa fikirkan banyak benda sekaligus dalm satu masa. Pergi kerja, fikirkan masih kat ampaian dan dapur. Balik rumah, kerja pejabat tak siap lagi. Memang otak perempuan ni hebat. Mereka boleh multitasking tapi kekuatan mereka punada batasnya.

Lebih dasyat lagi kepenatan surirumah sebenarnya. Mereka sentiasa dalm mood bekerja 24 jam sehari. Bayangkan kepenatan kudrat dan beban emosi yang mereka terpaksa tanggung.

2. Kurang Tidur

Saya percaya lelaki yang kurang tidur pun akan jadi moody apatah lagi perempuan yang sepatutnya perlukan waktu tidur yang lebih lama Mengikut National Sleep Foundation, perempuan memerlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki disebabkan otak mereka yang kompleks. Tapi hakikatnya, kat rumah kebanyakkan lelaki yang berengkur dulu daripada isteri dan anak-anknya.

3. Kurang Disayangi

Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ini antara benda yang paling besar sekali. Cuba periksa diri masing-masing. Berapa kali kita pegang tangan pasangan kita hari ini? Pegang tangan  sebab nak pergi kerja dan sebab baru habis solat je kan? Oh tidak. Si dia perlukan lebih daripada itu untuk mengisi tangki emosinya. Ingat, isteri yang jarang disentuh dan dipeluk akan cepat merasa terancam dan kekosongan.

4. Sedang Kesakitan

Tak kisah la kesakitan emosi ataupun kesakitan fizikal, orang perempuan ni paling susah nk berterus terang! Dia akan bagi ayat kiasan tahap level PhD punya yang mana kita lelaki yang level diploma ni susah sikit nak hadam.

Itu sifat kaumHawa yang kamu Adam kena faham. Mereka takkan cerita direact! Jadi untuk membuatkan kita faham masalah dan kesakitan diorang, si dia akan membebel je tanpa mereka pun sebenarnya.

InsyaAllah. Kalau kaum Adam boleh faham benda ini rumahtangga akan jadi lebih bestdan menyeronokkan sebab kita tahu apa yang kena buat.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.