Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Ia untuk mengelakkan berlakunya tomahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Selain itu juga ia menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah bakal pengantin bertambah seri.
Jangan bebas keluar kemana-mana, ia untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. Selain itu menghalang dari melakukan perkara tidak baik semasa dalam tempoh pertunangan.
Elakkan minum air bergas kerana tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, kelak nanti menghadapi masalah berat ketika bersama.
Elak mandi di waktu malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin untuk mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan banyak makanan laut kerana mengandungi banyak toksid.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
 Elakkan terkena cahaya matahari dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri)
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana dikhuatiri perkara tidak diingini berlaku kepada bakal pengantin yang berdarah manis.