Pernah tak anda lihat perangai pasangan anda lain tak seperti biasa? Apa yang anda cakap semuanya tidak dilayan Sepatah ditanya sepatah dijawabnya. Pernahkan anda mengalami situasi seperti ini? Kemungkinan itu tandanya pasangan anda sedang pendam sesuatu dari pengetahuan anda.
Sekiranya berlaku keadaan ini adalah baiknya anda sendiri mengambil langkah segera dengan cara menanyakan kepadanya sekiranya dia ada pendam atau marah disebabkan anda. Kadang-kadang mereka ini cuma senyum diluar tetapi dalam hati dia sendiri je yang tahu. Mungkin ini antara tingkah laku yang anda tidak tahu sebenarnya si dia tengah pendam sesuatu.
- Suka Mengelak
Ketika nak berbincang secara serius mengenai sesuatu isu dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang berasa sakit hati dengan anda. Si dia mengelak supaya tak bertambah sakit hati lagi.
2.Suka Berdiam Diri
Si dia keluar pergi kerja diam. Balik kerja pun masih berdiam. Di rumah pasangannya tidak ditegur langsung melainkan terpaksa. Sekiranya di tanya, jawabnya pun sepatah- sepatah je.
3.Suka Buat Hal Sendiri
Pasangan beli barang dapur sendiri, makan sendiri bahkan nak tonton tv pun sendiri. Sesungguhnya adalah tidak seronok lebih-lebih lagi yang ada pasangan. Ini merupakan sesuatu yang serius dan patut di ambil langkah segera kerana kemungkinan dia dah tawar hati itu adalah tinggi.
4.Suka Protes
Sesungguhnya semua yang dilakukan oleh pasangan dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la apabila seseorang itu sudah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit hati dan tidak puas hati.
5.Suka Berkira
Segalanya semua nak berkira tak kira sama ada duit, masa ataupun tenaga. Sebagai contoh sampah yang kat rumah sampai tahap berulat tak nak buang sebab berkira nak buat kerja. Ulat sampai boleh nampak ngesot-ngesot tapi kalau hati dah berulat tiada siapa yang tahu.