Pasangan Tidak Cukup Duit Selepas Berkahwin! Apa Puncanya?

Pasangan yang sedang bertunang , akan berkahwin dan yang  telah mendirikan rumah tangga wajib untuk membaca thread ini. Kenapa orang selepas berkahwin tiada duit? Apa yang perlu dielakkan.

Perlu diingatkan, masalah kewangan adalah antara punca terbesar berlakunya penceraian. Jom baca!

  1. Honeymoon Tempat Mahal

Bila tengok Hanis Zalikha honeymoon dekat Maldives, kita pun nak pergi juga. “ Cantiknya tempat tu sayang. Romantic sangat! Boleh la kita honeymood kat sana sayang.” Ujar isteri kepada suaminya. Tiada kewajipan lepas kahwin terus honeymoon.

2. Suka Banding Dengan Orang Lain

Hidup taknak kalah, selalu beranggapan kalau majlis kecil nanti orang mengumpat. Padahal takde orang kisah pun majlis itu kecil. Majlis besar hanya nak orang puji. “uish,meriahnya majlis anak CIk Senah tu… Khawin dengan bisnesman ke tu ?”

Tak perlu bandingkan diri anda dengan orang lain. Adalah satu tindakan yang bagus sekiranya anda membuat kajian persiapan kahwin dekat Internet, IG dan lain-lain. Tapi jangan sampai tahap anda nak ikut orang yang mana melebihi bajet anda pula. Kita seharusnya lebih tegar dalam bab-bab perbelanjaan ini.

3. Tidak Mempunyai Persefahaman Dalam Kewangan

Ada segelintir pasangan yang mana isteri seorang yang jimat, suami pula boros atau sebaliknya.  Ada juga pasangan yang berkira untuk beli barang keperluan dengan alasan dua-dua bekerja. Bincang dan sentiasa telus dalam kewangan. Contohnya suami isteri kongsi perbelanjaran untuk keperluan harian.

 Antara komitmen besarlepas kahwin adalah rumah, kereta dan makan. Awal perkahwinan yang mana situasi baru anda tidak dapat menjangka perbelanjaan. Jadi adalah lebih elok sekiranya anda membuat bajet perbelanjaan dan cari alternative untuk jimat dalam mana-mana bahagian.

4. Terus Nak Hidup Selesa Lepas Kahwin

Nak hidup senang dengan alasan nak isteri hidup selesa,  maka dengan itu tanpa memikir panjang terus beli kereta lebih dari kemampuan sendiri, katanya senang nak balik kampung. Sewa pula rumah yang mahal yang mana terletak di tengah bandar kononya senang dekatuntuk isteri pergi tempat kerja.

5. Tiada Duit Persediaan Selepas Kahwin

Kebanyakkan pasangan yang baru sahaja nak berkahwin mereka hanya mengumpul duit untuk majlis perkahwinan tetapi tiada simpanan selepas kahwin dimana mereka berharap semata-mata duit salam daripada orang yang datangmajlis mereka itu. Itu satu kesilapan yang biasa dilakukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.