4 + 1 PERKARA SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH

Berapa ramai yang membaca posting ni belum kahwin lagi? Ni soalan untuk orang bujang tau! bukan belum ‘kahwin lagi’ tu. yang tu lelaki jenis berani jer.. hahaha.. Ok, kepada bakal pengantin, ini ada sedikit ilmu untuk di kongsi. Mungkin ada yang berkira2 untuk melakukan perkara sunat selepas nikah. So, ini lah jawapannya..

4 + 1 PERKARA SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH
.
1. Sujud Syukur
.
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
.
2. Sembahyang Sunat Selepas Akad Nikah
.
Lafaz Niat :Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
-Membaca doa selepas salam.
.

NOTA: Berdasarkan nasihat dari ustaz, Sembahyang sunat 2 rakaat ini tidak semestinya di lakukan sebaik sahaja selesai akad nikah.. Selepas majlis nikah habis pun boleh.. lebih AFDAL.. sebab kita khusyuk dan dapat berdoa dengan lebih lama, berbanding solat dihadapan ramai orang.

.
3. Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa berikut:
.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.
(Riwayat Abu Daud).
.
4. Isteri salam dan mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
.
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

TAMBAHAN…
.
5. Ni pertambahan utk upacara pembatalan air sembahyang, HARAM hukumnya kalau sayang2 depan orang ramai, kesian kat yang belum berkahwin, lagi kesian kena tok bilal@tok imam yang isterinya dah meninggal.. terliur baq hang..
.
Kalau nak buat acara batal air sembahyang jugak ada cara mudah, KENTUT ja terus..setel!
.
Semoga 4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa klik button SHARE kepada pasangan dan rakan-rakan. 🙂
.
Yang dah berKahwin pun ambik mood pi la, mana taw rezeki menikah lagi kan. paling kurang pun Tag nama isteri masing2 ya… AMEN!! hahaha..

Leave a Comment

Your email address will not be published.