Saat pengantin berarak menuju ke sebuah mahligai cinta yang berupa pelamin , pastinya mempelai diiringi oleh pengapit yang ditugaskan untuk menjaga dan memastikan pengantin dalam keadaan yang smpurna dan masih berseri .
Peranan pengapit dalam majlis kahwin adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh . Hal ini kerana , pemilihan pengapit yang salah dan tidak tepat akan menyebabkan majlis terjejas dan tidak dapat berjalan dengan lancar . Entri kalini nak kongsikan tip – tip penting buat pengapit raja sehari .
So , ayuh kita lihat cara – cara memastikan pengapit mampu menjadikan sesebuah majlis perkahwinan lebih sempurna !
1 .BUSANA PENGAPIT
Memastikan tema pakaian pengapit dan pengatin tidak lari , namun pengapi tidak boleh terlalu sarat melebihi pengantin.
2. SENTIASA SENYUM
Pengapit mestilah sentiasa senyum kerana selain pengantin tetamu juga akan turut menilai gaya dan kemesraan pengapit .
3. TIBA AWAL KE LOKASIĀ
Pengapit mestilah tiba awal ke lokasi pekahwinan sejam lebih awal kerana pengapit perlu mengiringi pengantin
4. MENJAGA PENAMPILAN
Pengapit mestilah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata
5 . TIDAK LUPA MEMBAWA TISU ATAUPUNĀ ‘MAKE UP SPONGE ‘
Pengapit ditugaskan untuk menjaga kekemasan makeup pengantin ,. Oleh itu , pengapit perlulah membawa tisu unuk memastikan peluh tidak akan merosakkan makeup pengantin
Goodluck buat yang nak kahwin tu nanti ! Pastikan korang pilih pengapit yang betul on your wedding day okay !