A
Kalau korang perasan setiap orang mesti ada warna kegemarankan ? Jadi ini antara personaliti warna kegemaran :
1. Merah
Agak suka mendesak, semangat dan kadang-kadang seorang yang pemarah/panas baran namun mempunyai semangat kepimpinan kerana sifat beraninya,Selain itu, dia kurang peka terhadap perasaan orang lain dan juga sikap terburu-buru. Merah merupakan juga sebagai tenaga seksual.
2. Biru
Seorang yang tenang, cerdik dan yakin pada diri serta mempunyai perasaan diri bertanggungjawab kepada orang lain dan seronok apabila dipilih untuk membuat sesuatu pilihan. Dia ingin berada di tempat yang tenang dan agak diingin manja. Dia juga mudah serabut jika berada dalam keadaan yang sangat bising.
3.Pink
Agak jarang lelaki yang suka warna pink, dia agak penyayang, mencintai suatu keindahan seperti alam semula jadi dan mudah bersimpati, Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi. Dia sedikit keanak-anakkan namun pandai menghargai diri sendiri. selain itu, mereka juga dianggap maskulin.
4.Hijau
Dia kadang-kadang kuat cemburu dan tidak mudah untuk mempercayai orang lain. Namun, dia suka membantu orang lain. Selain itu, seorang kuat bekerja dan kadang-kadang hidup dia adalah wang namun dia juga sukakan alam sekitar kerana keindahan kehijauwannya
5. Kuning.
Periang dan sukakan keseronokkan, dan merupakan seorang suka berkawan, namun begitu dia juga hidup secara solo dan tidak kisah apabila dia berseorangan. Seorang yang kreatif dan spontan serta bijak berkomunikasi kerana memiliki banyak idea serta pemikiran yang tinggi.
6.Ungu.
Dikatankan berkebolehan mengetahui sesuatu hanya dengan menerusi bisikan isi hati. Malah dia juga mempunyai imaginasi yang tinggi dan kadang-kadang berangan kuat sampai lupa terhadap dunia realiti kerana sukakan alam Fantasi tanpa menjejak dibumi ini. Dia juga seorang pelik tapi dia juga seorang yang bijak dan dia suka berseorangan (Introvert) serta hanya suka kumpulan yang kumpulan yang kecil saja. Dia juga seorang misteri.
7.Hitam
Agak degil tapi pandai berdikari, memiliki sifat yang kuat, dan berdisiplin. Kelihatan matang dan sering mengaku dirinya “cool/macho” dalam kepala mereka camgitu hehehe.. .Dia juga agak berfikiran negetif dalam setiap perkara, namun mereka juga kuat seperti mana warna merah. Selain itu, mereka yang suka warna ini tidak suka menjadi perhatian orang ramai jadi mereka menjadi bayang/latar dalam ramai orang
8. Putih
Jika seseorang sukakan warna putih dikatakan dia seorang sifat yang sukakan kebersihan dan amanah seperti mana nabi SAW yang sukakan warna putih. Dia seorang berseni dan juga sifat yang sama seperti ungu yang sukakan alam fantasi dan berimaginasi yang tinggi. Seoraang yang seimbang dan pandai dalam pelbagai bidang, senang cerita warna putih mempunyai semua warna yang mana mempunyai kesemua sifat di atas. Dia juga gemar menyendiri dan sukakan hidup yang bebas serta sederhana.