Umumnya mengetahui bahawa shopping atau membeli belah sudah menjadi aktiviti kegemaran wanita sama ada sebelum kahwin atau selepas mendirikan rumah tangga. Namun bagi pihak lelaki ataupun si suami, aktiviti shopping ini semestinya akan membuat lelaki bosan disebabkan pasangan anda mengambil masa yang lama untuk membeli-belah.
Dalam isu sebegini, terdapat beberapa yang anda boleh lakukan bagi memastikan anda ceria dan sentiasa tenang. Jadi mari kita lihat tip yang boleh diguna pakai ketika anda menemani pasangan yang sedang shopping.
- Sediakan Kelengkapan Secukupnya
Perkara yang paling utama untuk zaman teknologi sekarang adalah pastikan bateri telefon anda dan powerbank dicaj penuh sebelum keluar dari rumah. Jika anda suka membaca, bawalah bahan bacaan bersama seperti novel, buku, majalah atau suratkhabar. Dengan ini akan tidak akan berasa bosan jika dapat membuat perkara-perkara yang anda sukai sepanjang tempoh menunggu isteri sedang shopping.
2. Beri Komen Yang Positif
Sudah menjadi satu kepastian dimana semasa membeli-belah, si isteri akan menanyakan pendapat anda ketika dia memilih sesuatu barang. Adalah sesuatu yang tidak wajar untuk anda hanya memberi jawapan yang selamat kerana perkara tersebut tidak akan memuaskan hati pasangan anda. Jika anda ingin pulang ke rumah dengan cepat, belajarlah untuk memberi komen yang pelbagai dan nampak bijak seperti, “ Baju ni cantik tetapi potongannya tak sesuai dengan awak…” atau “ Kasut ini tumitnya terlalu tunggi, rasanya elok kalau cari yang tumitnya rendah sikit.”
3. Bawa Kelengkapan Anak
Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa semua kelengkapan untuk menjaganya. Bagi mengelakkan anda merana, pastikan anda membawa semua keperluan si anak seperti susu, lampin pakai buang, makanan dan paling penting stroller. Tugas menjaga anak ketika isteri sibuk shopping akan diserahkan sepenuhnya kepada anda. Lebih baik anda bersiap sedia.
4. Makan Dan Minum Dahulu
Sebelum memulakan aktiviti shopping, adalah lebih elok sekiranya anda dan pasangan makan terlebih dahulu. Persiapkan diri anda dengan tenaga secukupnya. Aktiviti membeli-belah ini mungkin mengambil masa yang lama dan khuatir anda akan kelaparan kerana menemani isteri anda shopping.
5. Cuba Cari Kahwin
Ada lebih elok sekiranya ada memberi masa kepada isteri anda untuk shopping sepuas hatinya. Oleh itu, bagi mengelakkan anda bosan, carilah kawan yang mana senasib dengan anda. Adalah sangat digalakkan untuk anda ringan mulut untuk menegur rakan disebelah anda. Selain mendapat kawan baru, anda juga dapat pahala kerana menjalinkan silarturahim.