Petua Orang Dulu – dulu Sebelum Berkahwin

Sebut sahaja pantang larang, haruslah dikaitkan dengan kepercayaan. Tapi jangan pula anda di luar sana berpendapat seperti mistik atau perkara-perkara yang syirik pula. Cuma pantang larang ini hanya kepercayaan orang dahulu kala. Yalah, masa dulu mana nak ada internet wifi semua ini. Jadi mereka pun mereka petua, pantang mereka sendiri. Hasilnya adalah turun-temurun diamalkan.

Jadi dalam post hari ini, admin ingin kongsikan 5 pantang larang yang bakal pengantin boleh ikuti. Mana lah tahu, berkesan atau berhasil untuk pembaca sekalian amalkan? Kan?

1) Jangan keluar dengan pasangan sebelum diijabkabul

Dinasihatkan supaya tidak keluar bersama pasangan 40 hari sebelum dinikahkan kerana bagi mengelakkan kata-kata tomahan masyarakat. Lebih-lebih lagi ini kerana bagi tujuan mengawal nafsu masing-masing. Bukan apa, bila dah lama tidak berjumpa mestilah lahir rasa rindu kan? Jadi, bila hari besar kunjung tiba, anda akan begitu teruja berjumpa sang kekasih pemilik hati.

2) Elakkan makan ulam-ulaman/buah-buahan yang akan mendatangkan bau mulut

Seeloknya anda berhenti makan ulam-ulaman yang boleh menyebabkan bau mulut seperti petai, jering dan sebagainya. Terutamanya dua tiga hari menjelang hari bahagia. Bayangkan jika malam sebelum akad nikah, anda makan durian dua tiga biji, bukannya bau boleh hilang serta-merta. Silap hari bulan, pengsan pula tok kadi yang ditugaskan untuk menikahkan anda dan pasangan.

 

3) Jangan mandi malam

Jika kita ikut nasihat doctor juga mereka nasihatkan supaya tidak mandi malam. Jam 10 dan ke atas sudah dikira lewat apatah lagi jika anda memilih untuk mandi jam 2-3 pagi. Hal ini kerana mandi malam/awal pagi dipercayai tidak elok untuk sendi dan juga dalaman.

 

4) Kurangkan makan makanan laut

Walaupun makanan laut tidak dapat ditandingi kesedapannya seperti ketam, udang, lala, sotong, dan lain lain lagi. Nak pula jika dimasak kukus, panggang, goreng dan pelbagai aneka cara masakan lagi, tapi haruslah anda ingat, bahawa makanan laut ini mengandungi kandungan toksid yang tinggi. Oleh itu had kan pengambilan anda supaya badan sihat dan kuat.

7) Mengamalkan pengambilan jamu

Untuk bakal pengantin di luar sana, adalah digalakkan anda untuk mengamalkan pengambilan jamu dari awal. Ini untuk kesihatan dalaman dan juga untuk menambahkan kehangatan malam pertama anda.

So , kepada bakal pengantin di luar sana boleh ikut 5 petua ni sebelum menjelang hari bahagia !

Leave a Comment

Your email address will not be published.