Pilihlah Suami Dengan 9 Ciri Terpuji Nabi. Moga Rumah Tangga Diberkati

Sebagai ketua dan imam dalam keluarga, suami haruslah memiliki sifat-sifat terpuji sebagaimana Rasullulah SAW dalam mendidik isteri serta anak-anak demi mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.

Agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati, ikuti amalan yang dilakukan oleh Rasullulah SAW. Semoga dengan amalan ini akan menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang membawa ahli keluarga ke jalan yang diredhai oleh Allah.

  1. Sentiasa Bersyukur

Di suatu keadaan yang mana Rasulullah berada dalam kesakitan dimana keadaanfzikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwnaya yang tinggi, ketika itu baginda ditanya oleh ‘Aisyah, “Ya Rasullulah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau telah masih bersusah payah begini?”  Jawab Nabi dengan lembut, “ Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur?”

2. Lemah Lembut Terhadap Isteri

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan isterinya dan amatt menghormati mereka. Rasulullah pernah bersabda. “ Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lembut terhadap isterinya.”Menjadi seorang ketua keluarga yang prihatin, sabar dan merendah hati  sama sekali tidak pernah merendahkan diri suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.

3. Berbincang Sebelum Mengambil Sebarang Keputusan

Nabi Muhammad SAW tidak pernah rasa segan atau keberkatan untuk mendengar serta mengambil pendapat isterinya. Ini terjadi ketika Rasulullah meminta pendapat Ummu Salamah dalam perjanjian Hudaybiyah. Ketika itu, Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mencukur rambut dan menyembelih haiwan korban, namum mereka tidak mahu melakukannya. Melihatkan respon para sahabat itu, baginda masuk ke bilik Ummu Salamah dan menceritakan kepada Ummu Salamah apa yang berlaku. Lantas Ummu Salamah mengajukan pendapatnya dan berkata. “ Keluarlah, ya Rasulullah, kemudian engkau bercukur lalu potong haiwan korban, melihatkan perkara tersebut, para sahabat bangkit lantas bercukur lalu memotong haiwan korban.

4. Sentiasa Membantu Isteri

‘Aisyah pernah ditanya mengenai apa yang sering dilakukan oleh Rasulullah di rumahnya? Lantas ‘Aisyah menjawab. “ Baginda selalu membantu isterinya.” Pernah satu ketika Rasulullah pulang ke rumah dan melihat tiada makanan yang siap dimasak, baginda sama sekali tidak marah. Sebaliknya baginda akan tersenyum sambil menyinsingkan lengan bajunya untuk membantu isteri di dapur. Menurut cerita yang disampaikan oleh ‘ Aisyah, jika Rasulullah berada di rumah, baginda sentiasa membantunya dalam urusan rumah tangga.

5. Sentiasa Romantik Dalam Rumah Tangga

Nabi Muhammad SAW sentiasa memuliakan, menghormati dan menggembirakan isterinya. Baginda menjelaskan pada umatnya bergembira dan bergurauisendalah dengan isteri anda yang mana termasuk dalam perbuatan yang memberi pahala kepada suami. Baginda bersabda, “ Segala yang melalaikan seorang Muslim adalah batil, kecuali memanah, melatih  kuda dan bercanda-ria dengan isteri, ini semua termasuk kebenaran.”

6. Tidak Suka Memarahi Isteri Dan Anak

Rasulullah SAW  sangat marah apabila melihat seorang suami sedang memukul isterinya, lantas baginda mengur lelaki tersebut, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lelaki tersebut menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Aku sudah menasihatikannya, tetapi dia masih begitu. Disebabkan itulah aku memukulnya.” Sahut Rasulullah, “ Aku tidak menanyakan alasanmu. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidur mu dan ibu kepada anak-anakmu?”

7. Rasa Cinta Yang Tinggi Terhadap Allah SWT

Nabi Muhammad SAW sesungguhnya mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap Allah SWT. Malah rasa kehambaannya sudah sebati dengan dirinya sehingga baginda tidak sombong.

8. Tidak Merasakan Dirinya Lebih

Anugerah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah sama sekali tidak dijadikan alasan untuk baginda merasa tinggi diri, riak, sombong dan bongkak ketikadi hadapan khalayak ramai mahupun untuk diri sendiri.

9. Terus-Menerus Melakukan Beribadah

Pada hakikatnya pintu syurga sudah terbentang luas untuk baginda dan baginda merupakan insan terpilih sebagai ahli syurga, namun sama sekali baginda tidak lupa. Sebaliknya Rasulullah masih bangun di waktu malam hari untuk beribadah kepada Allah SWT hinggakan baginda pernah terjatuh kerana kakinya sudah bengkak.

Leave a Comment

Your email address will not be published.