Hari perkahwinan sudah hampir tiba . Segala persiapan sudah dilakukan supaya hari bahagia kelihatan sempurna dan berjalan dengan lancar , begitu juga dengan soal penjagaan kencantikan bagi mempelai wanita . Apa yang penting adalah menjaga kecantikan daripada dalaman agar terserlah keserian dan kecantikan semulajadi mu pada hari bahagia gitu !
1 . MENJAGA KESIHATAN KULIT DARIPADA DALAM
Para mempelai wanita harus tahu bahawa penjagaan makanan seimbang dan melebihkan buah – buahan dalam menu harian pada setiap hari adalah amat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat .Buah – buahan dan sayur – sayuran seperti betik dan tomato mengndungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya dengan vitamin A , B , C dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit .
2. JANGAN LUPA UNTUK MEMANJAKAN DIRI DI SPA !
Sebelum bergelar raja sehari , mempelai wanita perlulah memanjakan diri di spa untuk mendapatkan kesegaran dan keharuman tubuh badan secara semula jadi . Pelbagai pakej dan rawatan telah disediakan di spa seperti lumur badan dan mandi susu untuk para mempelai wanita demi kelihatan jelita dan menawan pada hari bahagia .
3. KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK !
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan dan mengurangkan kandungan oksigen serta nutrisi dalam badan . Hal ini akan mengakibatkan kulit nampak lebih tua daripada umur sebenar .Sebaik – baiknya elakkan diri daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan sahaja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko daripada mereka yang merokok.
4. BERSENAM TIGA KALI SEMINGGU
Senaman adalah aktiviti yang paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika mempelai menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga . Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah secara lancar dan kulit akan kelihatan lebih tegang dan muda .
5. GUNA PELEMBAP ANTIOKSIDAN YANG DIPERKAYA DENGAN VITAMIN
Waktu tidur adalah waktu yang paling terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit secara semulajadi dengan menggunakan pelembap yang mengandungi antioksidan dan vitamin tinggi .Kajian menunjukkan bahawa kulit mampu untuk menyerap kelembapan daripada kandungan aktif produk pada waktu malam dengan sempurna .
Baiklah itu sahaja tips – tips untuk mempelai wanita agar kelihatan cantik mempesona pada hari bahagia .
Semoga para mempelai wanita tidak lupa untuk mengamalkan tips – tips ini dengan konsisten sebelum menjelangnya majlis perkahwinan . Semoga mempelai wanita berjaya untuk kelihatan cantik sampai memukau hati suami !