Ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan. Tapi kalau dah memang dia ditakdirkan untuk kita, so percaya je lah kan.Lagipun korang tengah darah manis semua benda nak kena jaga. Lagi dekat korang nak bina masjid lagi banyak dugaan yang boleh mematahkan semangat korang.
Memang pergaduhan itu perkara biasa, sedangkan pasangan yang berkahwin pun ada pasang surutnya. Ini kan korang yang tengah bertunang. So chill okay! Ada beberapa perkara yang korang kurang perasan dan tak ambil tahu. At the end “hah putus la tunang lagi senang!”.
- Hantaran Tinggi
Selalunya anak tak kisah dengan jumlah wang hantaran, kadang-kadang family yang selalu masuk campur. Penyudahnya, minta hantaran yang tinggi dan tak mampu diberi oleh pihak lelaki. Dan kadang tu sampai tak masuk akal! “nak jual anak ke makcik”.
2. Tak Beri Perhatian
Sibuk memanjang. Sebelum bertunang taka da pula sibuk macam PM. Tapi,bila waktu bertunang mula la tunjuk belang da nada juga yang mula nak ‘angin’ satu badan. Katanya “kita kan dah bertunang, apa yang nak kecoh-kecoh lagi, kahwin nantikan jumpa 24 jam’.
3. Jumpa ex boyfriend/girlfriend
Kalau sebab yang ni memang boleh frust. Elok-elok kita bagi dia pergi majlis reunion sekolah, alih-alih kasih bertaut semula dengan kekasih lama. Sadisnya! Ada juga, kata nak bagi kad jemputan dekat kawan-kawan. At the end kita pulak yang dapat kad jemputan dari tunang kite sebab cinta lama dah berputik katanya. Hahaha! So hati-hati okay guys.
4. Sihir
Jangan terkejut kalau sihir antara punca orang boleh putus tuning. Dunia sekarang ini memang macam-macam boleh berlaku. Bukan nak percaya sangat tapi kita perlu berhati-hati. Kadang ada yang sebab dengki dan tak boleh nak tengok kita bahagia. Yang paing penting jaga tingkah laku.
5. Tempoh Pertunangan Yang Lama
Bila dan terlalu lama bertunang, maka banyaklah perkara-perkara buruk yang berlaku. Oleh sebab itu, temoh pertunangan tidak digalakkan mengambil masayang lama. Paling-paling setahun atau enam bulan sahaja.