RASA NAK PUTUS ASA CARI JODOH ?! Ini mungkin tip berguna untuk anda

Dalam kalangan kita pasti ada yang nak putus asa mencari cinta, pasal tak ini lah, tak itu laa.. kadang-kadang sering bertanya diri sendiri ” aku ni ada jodoh ke ?, wujud ke jodoh aku kat dunia ni ?, kenapa perempuan tak suka aku..?, ini supahan ke ?, adakah aku tidak berpunya ?, kenapa kawan aku ada tapi aku takde ?, Allah tak benarkan aku berjodoh ke ?”.

Sebenarnya, tak semua itu single, cuma Allah dah tetapkan jodoh kita bila dan dimana, mungkin ada yang tak ada jodoh didunia tapi pasti ada di akhirat kelak khas untuk buat hamba NYA. Namun begitu, kita sepatutnya cuba dengan lebih gigih dan ini tips yang boleh membantu anda.

  1. Jaga solat di Awal waktu

Rasullah bersabda yang bermaksud : “Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah” Riwayat al-Tirmizi.

2. Betulkan niat perkahwinan

niatlah kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah semata-mata kerana NYA.

3. Baca Surah Yaasin setiap pagi

surah yaasin merupakan hati atau jantung Al-quran. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu, Yang tiada jalan keluar pun allah akan permudahkan.

4. Baca surah Al-Waqiah setiap malam

rasulullah bersabda : “Siapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya”.Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Ma’ud r.a.

5. Jaga Ibubapa dengan baik

Rdha allah terletak pada redha ibubapa kita. sementara masih ada, berkhidmatlah kepada mereka sehabis baik serta layan dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang.

6. Jangan terlalu memilih

Jangan memilih, Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik sudah cukup untuk dijadikan pilihan.

7.Tahajjud setiap malam

Bangunlah di sepertiga malam. jika tak mampu, cukup sekadar 2 rakaat. beberapa minit sebelum subuh masih sempat untuk kita amalkan.

8. Maafkan semua orang.

maafkan lah semua orang dan minta maaf kepada mereka. jika tak mampu doakan saja: “Ya allah, dia lebih baik daripada saya. ubahlah apa yang buruk kepada yang baik”.

9. Banyakkan senyum dan sedekah

senyum adalah sebahagian daripada sedekah. sedekah berupa wang, harta atau apa sahaja bantuan juga perlu diamalkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.