Rasulullah Pesan, Jangan Kahwini 6 Wanita Yang Tergolong Dalam Kumpulan Ini

Di sini pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Lelaki: Jangan engkau sesekali mengahwini wanita yang enam, yang ananah, yang mananah dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah yang basaqah yang syadaqah.

  1. Wanita Ananah

Wanita yang mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit –ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang  lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkhawinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini mementingkan kepala lelaki. Dia memaksa apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : Ada 2 Makna,

Pertama, wanita  sebegini yang suka bersolek dan menghias diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Suka melawa.

Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begeni juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah

Banyak cakap., tidak menentu lagi bising, kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Leave a Comment

Your email address will not be published.