Rezeki Boleh Tersekat & Berkurang Jika Suami Selalu Buat Kesalahan Besar Ini

Menjadi tanggungjawab suami isteri dalam menguruskan hal rumahtangga dan tidak meletakkan sesuatu beban itu kepada sebelah pihak sahaja kerana ini juga adalah salah satu punca rezeki tersekat. Punca rezeki tersekat itu boleh terjadi apabila suami selalu merungut atau mengeluh kerana penat bekerja bagi memberi nafkah kepada anda sekeluarga. Oleh kerana itu, nikmat dan kurniaan tersebut disekat oleh Allah kerana anda tidak tahu bersyukur.

Sebaiknya jika merasa penat dengan urusan seharian adalah bagus jika anda beristighfar supaya hati tidak berbolak balik dengan keluhan dan keresahan. Ingatlah dalam rezeki suami itu ada rezeki buat anak dan juga isteri. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang satu itu kerana masih ramai lagi insan yang memerlukan bantuan dan hidup dalam serba kekurangan.

7 Punca rezeki tersekat, suami perlu take note ini!

  1.  Punca rezeki tersekat – Selalu bertengkar dengan isteri

Kebiasaanya bergaduh suami isteri ini adalah disebabkan masalah kewangan hingga membuatkan suami rasa serabut satu badan kemudian yang kena tempias lebih tentulah isteri. Tak cukup dengan itu, isteri di cop tidak pandai berbelanja dan selalu menghabiskan duit suami. Gara-gara kata kesat itu rezeki anda boleh ditarik Allah

2. Punca rezeki tersekat – anggap anak sebagai beban

Selain wang ringgit dan harta benda, anak juga merupakan rezeki yang dikurniakan Tuhan.  Oleh sebab itu, suami berperanan menyediakan segala keperluan mereka tanpa merungut anak sebagai bebanan.

3. Selalu mengeluh dengan apa yang dimilik

Kerap mengeluh juga boleh menyebabkan rezeki ditarik dan tersekat. Sebaiknya bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi itu dan menggunakannya ke jalan yang diredhai Tuhan.

4. Kedekut dengan anak isteri

Ada ramai suami yang terlalu berkira atau kedekut dengan anak bini. Sedangkan rezeki yang diperoleh itu sebahagiannya adalah milik isteri dan anak.  Hindarilah sikap sebegini kerana ia bukan boleh buat anda kaya tapi menjadi punca rezeki tersekat.

5. Tak boleh mengawal kemarahan dan emosi

Bila isteri buat silap sikit marah anda boleh didengari jiran sebelah rumah hingga keluar kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati dan perasaan isteri. Ini sebab kenapa wang atau gaji anda selalu tak cukup. Jadi, cek semula bagaimana sikap anda dengan isteri di rumah.

6. Kurang rasa sabar

Nipis sifat kesabaran juga menjadi punca rezeki suami tersekat. Ada saja perkara yang akan membuatnya kurang sabar sama ada berkaitan dengan isteri, keluarga atau orang sekeliling.

Adalah lebih baik jika anda cuba bersabar kerana setiap manusia di muka bumi ini pastinya akan diuji maka tangani ia dengan cara  yang terbaik.

7. Kurang berdoa dan tidak mengerjakan solat 5 waktu

Ya, inilah punca utama kenapa rezeki suami tersekat dan selalu berkurangan. Ingatlah rezeki itu datangnya dari Allah SWT setelah anda berusaha dengan cara bekerja. Namun, jika anda terlupa bahawa Dia yang memberinya maka satu persatu rezeki dan nikmat anda akan ditarik semula.   Sebagai seorang yang beragama Islam, jangan sesekali terlupa atau mengabaikan solat lima waktu ini kerana ia adalah landasan kepada keimanan dan ketakwaan anda kepada Tuhan.

Semoga bermanfaat

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.