Hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Selangkah ke alam perkahwinan kehidupan anda sangatlah berbeza ketika anda bergelar bujang dahulu. Selepas berkahwin lagi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Malah jika sudah bekeluarga, anak-anak menjadi keutamaan anda. Komunikasi adalah kunci dalam sesuatu hubungan.
- Adalah digalakkan sentiasa meluahkan perasaaan. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati seharusnya diluahkan segera, begitu juga jika ada berita gembira seharusnya pasangan anda lah orang pertama patut tahu.
- Seharusnya mempunyai sikap saling memaafkan dan ikhlas. Tidak sepatutnya memendam rasa sakit hati lama-lama. Perasaan itu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
- Seelok-eloknya suami isteri itu saling bertolak ansur.
- Menjadi sesuatu yang bagus sekiranya suami isteri itu selalu memberi semangat, sokongan dan dorongan sesama sendiri walau apa pun terjadi.
- Seharusnya saling mempercayai satu sama lain.
- Dalam satu hubungan komunikasi harus sentiasa dijaga. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang kesat semasa berlakunya salah faham.
- Sangat digalakkan saling rindu merindui.
- Tiada manusia yang sempurna sejak lahir maka haruslah berani mengakui kelemahan diri dan berusaha kearah yang lebih bagus.
- Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
- Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.