Sudah pastinya menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin untuk memiliki rumah tangga yang bahagia. Masalah dalam hubungan perkahwinan akan menjadi sesuatu keadaan rumit lebih-lebih lagi hubungan yang kurang harmoni antara menantu perempuan dengan mertua. Entri kali ini berkongsi sebab mengapa isteri tidak boleh ngam dengan ibu mertua.
- Kecewa
Secara hakikatnya untuk mengenali dan mersa dengan ibu mertua akan mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi baru bernikah. Boleh dikatakan ramai menantu perempuan yang mengharapkan sambutan hangat dengan tangan terbuka ketika masuk rumah keluarga si suami. Namun, ketika dia tidak mendapatkan apa yang diharapkan, dia akan kecewa. Ini menjadi punca kenapa si isteri tidak akrab dengan mertua.
2. Merasa Diabaikan
Ada masanya, si isteri akan merasakan dirinya seolah-olah diabaikan oleh ibu mertua. Sebagai contoh si isteri akan merasakan dirinya diabaikan oleh mertua ketika perjumpaan keluarga. Perkara ini boleh menyebabkan masalah di kemudian hari.
3. Sering Memberi Nasihat
Boleh dikatakan si isteri mungkin tidak berapa suka dengan nasihat yang selalu diberikan oleh ibu mertua. Segalanya di tegur seperti cara memasak, cara mengurus anak hingga cara berdandan. Bukannya si isteri tidak menyukai tentang nasihat tersebut, tetapi jika terlalu kerap dan berkali-kali, ia akan membuatkan si isteri merasa kesal dan letih.
4. Terlalu Sensitif
Tidak kiralah berapa modennya ibu mertua, pastinya mereka inginkan menantu yang memiliki standard yang sesuai dengan dirinya. Misalnya kepada menantu perempuan, mertua menginginkan mereka dapat menguruskan rumah tangga, menjaga kebersihan rumah , mengasuh anak-anak dengan baik dan membuat masaka tertentu dengan enak. Ini adalah salah satu alasan mengapa si isteri kurang menyukai ibu mertua adalah kerana mereka saling tidak bersependapat.
5. Berbicara Mengenai Bekas Kekasih
Hakikat dimana mertua sering membicarakan dan meengingatkan mengenai bekas kekasih si suami. Sering menceritakan kebaikan bekas kekasih di depan si isteri. Selain itu, mertua sering bercerita mengenai kisah cahaya mata dan zuriat bekas kekasih di depan si isteri dengan niat untuk menyindir.
6. Bercakap Mengenai Imej
Salah satu sebab si isteri tidak rapat dengan ibu mertua adalah kerana si mertua sering bercakap mengenai penampilan si isteri. Contohnya, menegur dengan kerap mengenai masalah berat badan yang dihadapi. Selain itu, si mertua sering mengomel mengenai pakaian yang si isteri pakai dan sentiasa bercakap negative mengenai penampilan si isteri.