Sebab – Sebab Perlu Diet Sebelum Berkahwin

Ini 6 sebab utama anda perlu ‘fit’ sebelum tibanya hari yang bersejarah dalam hidup anda dan pasangan.

#1: Baju mahal. Baju persalinan untuk majlis akad nikah dan resepsi agak mahal. Jika mahu menyewa pun mahal, apatah lagi jika anda bercadang untuk membelinya. Jadi paling best kalau anda boleh betul-betul rasa confident dan gembira dengan tubuh anda dalam persalinan yang mahal ini. Barulah berbaloi.

#2: Anda adalah raja dan ratu sehari. Semua mata akan tertumpu kepada anda. Lensa kamera semua pun akan menghala kepada anda. Anda dan pasanganlah tumpuan utama pada hari bersejarah anda berdua ini. Jadi, kalau badan sedikit naik pun orang perasan, kalau badan makin fit lagilah orang perasan. Lagi-lagi kalau jumpa kawan lama.

#3: Gambar profesional. Well, anda mungkin ada mengupah jurufoto profesional untuk mengambil gambar di majlis anda. Dan gambar inilah yang anda akan tunjukkan kepada anak cucu anda nanti. Yang ambil gambar dah power habis, anda pun tentunya nak kelihatan gempak juga kan.

#4: Gambar tag. Kalau jurufoto profesional mungkin boleh touch up sedikit untuk buat anda kelihatan hebat, tapi ada ramai lagi jurufoto amatur a.k.a tetamu jemputan yang akan ambil gambar anda nanti. Secara hakikatnya, gambar tag banyak yang kurang buat anda kelihatan langsing, ramping mahupun fit. Jadi, anda mungkin mahu nampak fit dari semua sisi.

#5: Honeymoon. Bukan madu adalah masa untuk anda dan pasangan betul-betul enjoy berdua. Buat apa yang anda suka, pergi mana-mana yang anda teringin, makan apa-apa yang anda mahu. Jika anda dan pasangan sudah terbiasa dengan gaya hidup sihat sebelum majlis perkahwinan anda, tentunya waktu bulan madu ini pun anda sekurang-kurangnya ada buat sesuatu yang bersifat senaman. Mungkin ‘morning run’ atau mengunjungi gym di hotel pada waktu petang.

#6: Nanti ada alasan lain pula. Jika anda masih bertangguh, bila lagi anda mahu capai azam anda ini? Bagi wanita, nanti ada kemungkinan anda akan hamil dan pergerakkan anda untuk bersenam pun agak terhad. Bagi lelaki pula, kesibukan dengan tugasan kerja mungkin akan dijadikan alasan. Jadi, bila lagi? Sekarang adalah masa yang paling sesuai.

Leave a Comment

Your email address will not be published.