Kebanyakkan perhubungan melibatkan pandangan wanita terhadapa sesuatu perkara yang jejaka lakukan sesuatu untuk si dia. Ya, memang benar wanita sedikit rumit untuk difahami kehendak mereka. Mempertingkatkan kepercayaan dalam perhubungan memerlukan tindakan daripada jejaka itu sendiri untuk si dia menilai sejauh mana jejaka memandang serius dalam perhubungan.
- Sejambak Bunga Ros VS Sekutum Bunga
Menghabiskan duit yang banyak untuk membeli sejamak bunga ros yang mahal memang sangat berbaloi. Tapi si dia lebih tahu ‘nilai’ sebenar di sebalik kocek anda. Cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Jadi , apa kata anda cuba untuk memilih sejambak atau sekutum bunga liar kecil dan lihat reaksi si dia apabila menerima bunga tersebut berbanding dengan bunga ros mahal. Apa yang pasti, kemesraan dancinta tidak terikat pada berapa banyak wang yang anda telah laburkan.
2. Usaha Mengingati Si Dia
Menghantar mesej melalui telefon bimbint sepanjan hari di tempat si dia bekerja menunjukkan bahawa anda benar-benar mengingati si dia. Jika tidak mengahantar mesej, pasti si dia merindukan anda. Sebagai kelainan, tinggalakn nota kecil di dalam kereta si dia atau hantarkan terus ke pagar rumah apabila si dia sedang sibuk bekerja. Usaha melakukan ini membuktikan cinta dan kasih sayang sebenar berbanding meninggalkan pesanan SMS sepanjang masa.
3. Karya Cinta
Berikan si dia hadiah ringkas hasil buatan sendiri. Contohnya memuatkan lagu-lagu romantik ke dalam sebuah CD atau USB drive dengan sedikit kata-kata ringkas mengapa setiap lagu tersebut mengingatkan anda pada si dia. Lebih menarik jika anda berkebolehan menulis puisi. Tuliskan ke atas sebuah kad. Usah panjang lebar. Straight to the point!
4. Pujian
Sekali pun anda sedang bermasalah besar, jangan lupa untuk memuji si dia. Ya, jejeka tidak mungkin berkongsi masalah dengan si dia.Pujian terhadap si dia menerusi apa yang si dia gayakan, si dia pasti menghargainya. Memuji paras rupa, potongan rambut mahu pun pakaian si dia kelihatan cantik adalah penting. Ini menandakan anda telah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap si dia.
5. Memasak
Katanya, jika wanita beranggapan jejaka itu seksi apabila sedang memasak. Jadi, apa tunggu lagi? Masak untuk si dia! Anda tidak perlu memasak hidangan gourmet atau cuisine. Cukup sekadar berkebolehan untuk memasaka menu hidangan yang mudah disediakan. Lebih bagus lagi, jika anda sendiri yang membeli kelengkapan dan bahan dapur untuk memasak. Tidak perlu lagi membungkus makanan atau membelanjakan wang untuk makan di luar. Lihat sahaja resipi mudah di Internet.