Tidak dapat dinafikan kalau bab-bab perkahwinan ini melibatkan modal dan jumlah yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain. Di sini setiap pasangan perlulah bersedia dari sudut fizikal, mental serta khususnya sudut kewangan. Anda sepatutnya tahu bajet perkahwinan dan bagaiman untuk menguruskan wang tersebut supaya anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.
- Jangan Sesekali Fikirkan Standard
Untuk pengetahuan anda sikap suka berhutang ini hanya akan memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Malah ramai pasangan yang mana terhimpit dalam bebanan hutang yang banyak disebabkan menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan nampak gah.
2 .Tetapkan Jumlah Tetamu
Sangat digalakkan untuk menetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput dalam memasti semua yang dirancang berjalan dengan baik. Apabila nada sudah menetapkan jumlah tertamu, ianya secara tidak langsung memudahkan anda mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. Menyewa Busana Perkahwinan
Adalah lebih elok sekiranya elakkan daripada menempah baju baharu kerana khidmat menyewa pakaian lebih jauh murah. Ada juga perkhidmatan dimana membolehkan anda menempah pakain perkahwinan baharu tetapi untuk sewaan sahaja. Disini bermakan anda perlu memulangkan busana tersebut kepada butik perkahwinan selepas memakainya. Harganya juga jauh lebih murah daripada membeli terus pakain perkahwinan itu.
4. Awasi perbelanjaan Setiap Bulan
Disini apa yang lebih jelas lagi adalah perbelanjaan bulanan sangat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Sekiranya anda berbelanja secara berlebih-lebihan, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
5. Elakkan Berhutang Dengan Kad Kredit
Tidak dapat dinafikan kad kredit ada baik dan buruknya. Jika anda tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat, anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Disebabkan prosses membayar adalah hanya dengan swipe boleh menyebabkan ada taksub untuk berbelanja dan boros dan akhirnya akan menyebabkan anda pening untuk membayar hutang tersebut di penghujung bulan.
6. Adakan Majlis Gotong-Royong/ Rewang
Majlis yang diadakan seca ra rewang lebih menjimatkan kos berbanding menggunakan perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan belanja untuk membeli barang basah, selain itu dapat mengeratkan hubungan silarturahim bersama saudara-mara dan jiran-tetangga.
7. Membuka Akaun Khas
Dalam menjayakan usaha anda untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan cara membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini Secara langsung dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan menggunakan kad kredit.
8. Berhenti merokok
Merokok sememangnya sinonim dengan kebanyakkan lelaki.Semua sedia maklum merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi juga menyebabkan membazir duit. Jika anda campur tolak wang yang telah dibelanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya. Jika kesemua wang tersebut dibuat tabungan pastinya akan membantu dalam urusan perbelanjaan akan datar seta perbelanjaan perkahwinan.