Si Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam… Apakah tandanya?

Move on lah walaupun anda masih mencintainya. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Masih ada yang menunggu tapi bukan masanya. Anda saja yang beriya suka pada dia, hakikatnya dia hanya mainkan perasaan anda sahaja. Jadi ,mari lihat perkara-perkara yang anda boleh kesan Si dia dah tak suka pada anda.

  1. Tidak Perkenalkan Anda Kepada Keluarga dan Sahabat

Sekiranya si dia jujur dan ikhlas dengan anda dia akan mengajak anda berjumpa dengan keluarganya. Si dia tidak akan bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.

2. Kurang Berkomunikasi

Komunikasi dalam satu hubungan adalah perkara penting , sekiranya tiada komunikasi antara satu sama lain lebih baik di lepaskan sebelum ke peringkat lebih serius.

3. Meletakkan Syarat Yang Mustahil Untuk Dipenuhi

Pasangan ialah yang menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Lebih-lebih lagi pasangan yang ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius. Sekiranya si dia meletakkan syarat. Maka dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk anda.

4. Tiada Rasa Percaya

Kepercayaan ada perkara penting di setiap hubungan. sekiranya tiada kepercayaan bagaimana hubungan itu nak kekal. Maka dalam hati kedua-dua pasangan perlulah ada kepercayaan antara satu sama lain.

5. Tidak Ada Komitmen Untuk Masa Depan

Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Bagaimana pula yang tiada komitmen  apakah layak dipanggil jodoh.

6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga

Jika keluarga anda tidak menyukai pasangan anda,maka fikirkan kembali apa pasangan anda telah melakukan,adakah dia pasangan terbaik untuk anda. 

7. Tidak ada sikap terbuka dan banyak rahsia yang disembunyikan

Sekiranya pasangan anda terlalu berahsia dengan anda  maka dia buakn lah jodoh yang terbaik untuk anda di masa hadapan. 

8. Tidak boleh menerima masa lalu anda

Jodoh anda adalah yang boleh menerima kisah lalu anda dan panagan anda akan bimbing anda kejalan yang lebih baik dari yang lalu. 

9. Kasar dan terlalu mengawal

Sekiranya dalam perhubungan jika ada pasangan yang bersikap kasar dan suka mengawal maka dia bukan lah jodoh yang terbaik untuk anda di masa akan datang.

10. Selalu membohongi anda pasangan

Kebohongan adalah satu kesalahan yang sangat besar  dalam perhubungan. Berbohong merupakan perkara yang tidak sihat dalam satu perhubungan.Maka sudah pasti pasangan anda tidak lalyak disebut sebagai jodoh.

Leave a Comment

Your email address will not be published.